SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Pengembangan dan penskalaan hasil inovasi merupakan fasa dalam kitaran inovasi yang melibatkan usaha memperluas potensi dan impak sesuatu projek inovasi. Fasa ini penting bagi memastikan inovasi yang berpotensi tidak terhenti di peringkat pelaksanaan, sebaliknya dapat diperluaskan manfaatnya melalui replikasi, penyesuaian atau pengembangan kepada pihak berkepentingan yang lebih luas, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan, keberkesanan dan nilai kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut, agensi digalakkan untuk membangunkan strategi khusus pengembangan projek inovasi agensi dengan memberikan tumpuan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan. R&D berupaya menambah baik kelemahan sesuatu projek inovasi secara lebih sistematik bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing untuk penskalaan selanjutnya. Agensi boleh memanfaatkan mana-mana kemudahan R&D atau Sandbox Inovasi yang tersedia. Agensi boleh melaksanakan proses pengembangan potensi projek inovasi melalui pendekatan replikasi, pengkomersialan, pendaftaran perlindungan hak harta intelek dan penyertaan dalam pertandingan antarabangsa. Tertakluk kepada ketersediaan peruntukan, JPA bersama-sama Agensi Penggerak yang lain boleh melaksanakan penilaian wajar (due dilligence) bagi mengenal pasti projek-projek inovasi yang berpotensi untuk fasa penskalaan berikutnya. JPA dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan maklumat lanjut berkaitan proses pengembangan dan penskalaan hasil inovasi melalui Instrumen Operasi di bawah Surat Pekeliling ini. PENGEMBANGAN DAN PENSKALAAN HASIL INOVASI 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM Rajah 5: Proses Penskalaan Hasil Inovasi Sektor Awam Panel Penilai: JPA (Agensi Peneraju) Agensi Penggerak Inovasi yang Dikenal Pasti JPA MOSTI & MRANTI PEMFAILAN IP POTENSI PENGKOMERSIALAN PENGKOMERSIALAN PENJANAAN PENDAPATAN REPLIKASI BILANGAN REPLIKASI INOVASI PENINGKATAN KECEKAPAN & KEBERKESANAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENSKALAAN HASIL INOVASI SEKTOR AWAM 26

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy