SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Platform perkongsian inovasi berfungsi sebagai platform bersepadu dan pusat sehenti yang menyokong pembangunan, pelaksanaan serta pengembangan inovasi di peringkat sektor awam secara sistematik dan kolaboratif. Platform ini menghimpunkan maklumat, kepakaran, sumber dan sokongan inovasi bagi membolehkan agensi merancang, melaksanakan dan menilai inisiatif inovasi secara lebih teratur dan berkesan. Sebagai pusat sehenti maklumat inovasi sektor awam, platform ini menyediakan repositori berpusat yang memuatkan maklumat berkaitan inisiatif dan hasil inovasi, termasuk inovasi yang diiktiraf atau memenangi anugerah, amalan terbaik serta pembelajaran utama, bagi memudahkan perkongsian pengetahuan merentas agensi. JPA berperanan menyelaras platform ini untuk mengenal pasti, menilai dan memanfaatkan hasil inovasi melalui replikasi, penyesuaian atau penskalaan di peringkat organisasi dan rentas agensi. Melalui pengumpulan dan analisis maklumat inovasi secara berstruktur, platform ini membolehkan inovasi berimpak tinggi dikenal pasti untuk diperluas pelaksanaannya, sekali gus mengurangkan pertindihan usaha dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Platform ini juga memudahkan penyelarasan kerjasama strategik, sokongan pembangunan kapasiti, perlindungan harta intelek serta pembudayaan inovasi sebagai sebahagian daripada amalan kerja sektor awam. Maklumat pelaksanaan platform ini dikeluarkan oleh JPA melalui Instrumen Operasi yang dikemas kini dari semasa ke semasa. PLATFORM PERKONGSIAN INOVASI SEKTOR AWAM 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 25

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy