SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Ekosistem Inovasi Sektor Awam dibangunkan sebagai satu kompas strategik yang menyatukan hala tuju, pendekatan dan peranan semua agensi sektor awam dalam sebuah ekosistem inovasi yang holistik. Ekosistem ini menetapkan matlamat untuk membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat. Ekosistem inovasi sektor awam berfungsi sebagai pemangkin kepada pembaharuan tadbir urus dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui penggemblengan keupayaan, pengetahuan dan kemahiran secara kolaboratif merentas individu, entiti dan struktur organisasi. Pengukuhan ekosistem ini menuntut pelaksanaan peranan inovasi yang jelas dan saling melengkapi serta sumber negara diuruskan secara efisien bagi memastikan inovasi bukan sahaja dihasilkan, malah dapat dilaksanakan, dikembangkan dan memberi impak kepada rakyat dan negara. Ekosistem ini menekankan kepentingan lima peranan inovasi oleh semua agensi sektor awam selaku Agensi Pelaksana dengan disokong peranan oleh Agensi Penggerak dan Agensi Peneraju. Ekosistem ini juga memfokuskan kepada peranan Ejen Penggerak Inovasi, pemantapan elemen tadbir urus dan penskalaan hasil inovasi bagi memastikan inovasi dapat dihasilkan, dilaksanakan dan dikembangkan dengan secara lebih mampan dan berkesan. Keupayaan ekosistem inovasi untuk berfungsi secara optimum bergantung kepada keselarasan peranan setiap agensi mengikut mandat, bidang kuasa dan kepakaran masing-masing dalam menangani isu rakyat yang semakin kompleks. EKOSISTEM INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pembangunan Ekosistem dan Kepentingan Peranan Utama Inovasi Rajah 2: Ekosistem Inovasi Sektor Awam 9

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy