Rajah 1: Evolusi Inovasi Sektor Awam Inovasi sektor awam di Malaysia bermula dengan penubuhan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) yang memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja di peringkat organisasi. Usaha ini kemudiannya diperkukuh melalui pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta pendekatan Horizon Baharu KIK yang memperluas skop inovasi kepada pembangunan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang lebih inovatif. Selari dengan perkembangan ini, pelbagai inisiatif pembudayaan inovasi telah dilaksanakan termasuk penganjuran Hari Inovasi, Hub Inovasi Sektor Awam (HISA) sebagai platform perkongsian serta pengenalan pelbagai anugerah inovasi di peringkat sektor awam. Kajian dan usaha penambahbaikan berterusan turut dilaksanakan bagi memastikan ekosistem inovasi sektor awam dan pendekatan yang digunakan kekal relevan dengan keperluan semasa. Perkembangan ini telah meletakkan asas kepada pembentukan ekosistem inovasi sektor awam yang lebih menyeluruh, sistematik dan berimpak tinggi, selaras dengan agenda pembaharuan tadbiran sektor awam dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan serta penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. INOVASI SEKTOR AWAM: SATU PERJALANAN YANG BERTERUSAN 1. PENGENALAN 4
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy