PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM bilangan 1 tahun 2026 1
Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam 1
PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 2
Keberhasilan yang memberi impak kepada kesejahteraan dan kepercayaan rakyat menjadi teras utama dalam merangka dan melaksanakan pembaharuan tadbiran sektor awam. 2
KANDUNGAN 3
SURAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA 3
PANDUAN PELAKSANAAN (LAMPIRAN A) TAKRIFAN 3
PENGENALAN OBJEKTIF SKOP KAEDAH PELAKSANAAN EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 3
MEKANISME PELAKSANAAN PENUTUP 3
PERTANYAAN 3
KERAJAAN MALAYSIA 7
LAMPIRAN A 7
PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 7
PANDUAN PELAKSANAAN PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 7
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 7
Aliran Pembaharuan 8
Bertindak - PDCA 8
Laksana - PDCA 8
Menyeluruh Dunia/Whole-of-World (WOW) 9
Menyeluruh Kerajaan/Whole-of-Government (WOG) 9
Menyeluruh Negara/Whole-of-Nation (WON) 9
PDCA 9
Output 9
Pelan Strategik 9
Pelan Operasional 9
Pelan Taktikal 9
Pembaharuan Lestari 9
Pembaharuan Replikabel 9
Persekitaran 9
ii 9
Semak - PDCA 10
PENGENALAN 11
OBJEKTIF 12
Pelaksanaan pembaharuan yang berteraskan Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam bertujuan mencapai objektif yang berikut: 12
Menetapkan hala tuju pembaharuan tadbiran sektor awam secara strategik, terancang dan bersepadu agar pelaksanaan inisiatifnya bersifat menyeluruh serta tidak terpisah atau berjangka pendek 12
Memastikan strategi dan inisiatif pembaharuan dirangka serta digerakkan secara berfokus, berkesan dan berimpak tinggi ke arah pencapaian hasil yang optimum. 12
Memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam melalui pembaharuan yang berpandukan aspirasi negara dan amalan terbaik di peringkat global. 12
SKOP 12
Pekeliling ini menggariskan skop pengurusan tadbiran sektor awam yang berfokus pada agenda pembaharuan penyampaian perkhidmatan. Berperanan sebagai dokumen induk, pekeliling ini menyelaraskan semua dasar berkaitan bagi menjamin kerangka kerja yang mantap dan bersepadu sekali gus memastikan setiap intervensi strategik pembaharuan sektor awam bergerak di atas landasan yang seragam. 12
Teras utama pekeliling ini didasari oleh Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA), sebuah seni bina strategik komprehensif yang memacu agenda pembaharuan secara sistematik dan berimpak tinggi. Sebagai sistem pandu arah utama, EPTSA menjajarkan hala tuju strategik dengan aspirasi pembangunan negara serta penanda aras kecemerlangan antarabangsa bagi memastikan keberhasilan perkhidmatan awam sentiasa dinamik dan relevan. 12
KAEDAH PELAKSANAAN 12
Pekeliling ini memastikan setiap fasa perubahan dilaksanakan dengan ketelitian yang tinggi demi mencapai impak keberhasilan yang nyata. Pelaksanaan ini diperkukuh menerusi Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang diterbitkan secara modular mengikut bidang spesifik. Pendekatan modular ini memberikan panduan teknikal yang lebih terperinci, lantas memastikan keluwesan dalam mengadaptasi inisiatif mengikut acuan mahupun keperluan masing-masing. 12
Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam 12
PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM 12
DOKUMEN INDUK 12
Sumber rujukan utama yang menggariskan hala tuju, strategi dan impak keberhasilan pelaksanaan. Sebagai contoh, PPSA: Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam berperanan sebagai dokumen rujukan induk dalam pembaharuan tadbiran sektor awam. 12
Tandatangan: Ketua Setiausaha Negara. 12
DOKUMEN SUB INDUK 12
Penerangan terperinci mengenai pengkhususan bidang. Sebagai contoh, SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam memperincikan pelaksanaan yang bersandarkan PPSA: Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam. 12
Tandatangan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 12
INSTRUMEN OPERASI 12
Ceraian, kit alat atau panduan pelaksanaan yang lebih teknikal dan spesifik. Sebagai contoh, IO: Kriteria Pemantauan Keberkesanan Pengurusan Inovasi memperincikan tatacara pelaksanaan bagi SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam. 12
Tandatangan: Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmatan Awam. 12
EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 13
ALIRAN PEMBAHARUAN 14
KEBERHASILAN 14
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (Kecekapan, Keberkesanan & Berpaksikan Rakyat) 14
Pembaharuan dalam sektor awam bertujuan memacu keberkesanan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh ketelusan dan membudayakan akauntabiliti yang berteraskan integriti tinggi. 14
Kejayaan pembaharuan ini dapat diterjemahkan menjadi aliran pembaharuan yang bermula dengan sasaran keberhasilan, diikuti input (manusia, proses, teknologi dan persekitaran), aktiviti rekayasa (proses kerja, mod kerja dan budaya kerja) dan output (kualiti, kuantiti, kos dan masa) serta diakhiri dengan penilaian pencapaian keberhasilan. 14
PENETAPAN KEBERHASILAN BERTERASKAN PEMBAHARUAN 14
Keberhasilan merupakan titik mula yang mendefinisikan kepercayaan dan kesejahteraan rakyat. Ia merujuk kepada penetapan sasaran matlamat yang berorientasikan kecekapan, keberkesanan dan berpaksikan rakyat. 14
Penetapan keberhasilan merupakan prinsip asas pembaharuan tadbiran sektor awam. Penetapan ini dizahirkan menerusi keberkesanan strategi dan inisiatif yang menjurus ke arah peningkatan kuantiti dan kualiti perkhidmatan, di samping penjimatan kos dan pengurangan tempoh masa penyampaian. 14
KEBERHASILAN 14
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (Kecekapan, Keberkesanan & Berpaksikan Rakyat) 14
INPUT BERTERASKAN PEMBAHARUAN 15
INPUT 15
JURANG KEPERLUAN 15
Agensi sektor awam perlu mengenal pasti jurang antara keadaan semasa dengan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan bagi melaksanakan pembaharuan yang berkesan. 15
Analisis ini memberi tumpuan kepada empat aspek utama yang membentuk kapasiti organisasi iaitu manusia, proses, teknologi dan persekitaran. 15
Jurang keperluan dari aspek manusia berlaku apabila penjawat awam tidak diberikan latihan yang mencukupi atau tidak mempunyai kemahiran yang relevan dengan perubahan teknologi dan tuntutan masyarakat. 15
Jurang keperluan dari aspek proses berlaku apabila prosedur yang ada menjadi usang, kurang fleksibel atau tidak relevan dengan konteks semasa. 15
Jurang keperluan dari aspek teknologi berlaku apabila infrastruktur yang ada tidak dapat menyokong perubahan yang diinginkan atau gagal memenuhi keperluan modernisasi sektor awam. 15
Jurang keperluan dari aspek persekitaran berlaku apabila faktor-faktor luar seperti ekonomi, sosial dan perundangan mempengaruhi operasi sektor awam. 15
AKTIVITI BERTERASKAN PEMBAHARUAN 16
Berasaskan penilaian jurang keperluan yang dikenal pasti, agensi sektor awam hendaklah merangka dan melaksanakan strategi dan inisiatif pembaharuan secara terancang dan berorientasikan keberhasilan (outcome-oriented). 16
Pendekatan holistik ini dizahirkan melalui tiga aktiviti rekayasa utama iaitu rekayasa proses kerja, mod kerja dan budaya kerja bagi memastikan kelestarian kecemerlangan organisasi. 16
AKTIVITI 16
STRATEGI & INISIATIF 16
Rekayasa Proses Kerja 16
Rekayasa Mod Kerja 16
Rekayasa Budaya Kerja 16
OUTPUT BERTERASKAN PEMBAHARUAN 17
OUTPUT 17
PRODUK & PERKHIDMATAN (Kuantiti, Kualiti, Kos & Masa) 17
Hasil daripada pelaksanaan strategi dan inisiatif pembaharuan diterjemahkan menjadi output yang ditambah baik. Output ini berfungsi sebagai kayu ukur awal keberkesanan pelaksanaan pembaharuan. Sebelum menghasilkan keberhasilan yang lebih luas, ia memberikan gambaran awal tentang pencapaian yang telah diperoleh. 17
Output dapat dinilai secara objektif melalui empat aspek utama, iaitu kualiti, kuantiti, kos dan masa. Penilaian terhadap aspek-aspek ini membolehkan pihak berkepentingan membuat analisis tentang sejauh mana pembaharuan telah berjaya dicapai dan memberi asas kepada tindakan lanjut untuk peningkatan yang lebih berkesan. 17
Aspek kualiti 17
Aspek kuantiti 17
Aspek kos 17
Aspek masa 17
PENJANAAN IMPAK BERASASKAN KEBERHASILAN 18
IMPAK 18
KEPERCAYAAN RAKYAT 18
KESEJAHTERAAN RAKYAT 18
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BERPANDUKAN PELAN STRATEGIK, PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASIONAL 19
Perancangan dan pelaksanaan merupakan dua komponen teras dalam menjamin keberhasilan pembaharuan tadbiran sektor awam. Pendekatan ini menuntut sinergi antara Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasional. Dengan pengintegrasian yang baik antara ketiga-tiga pelan ini, pembaharuan proses kerja, mod kerja seterusnya budaya kerja dalam sektor awam akan lebih tersusun dan berjaya mencapai keberhasilan dan natijah impak yang diinginkan. 19
Pelan strategik menetapkan hala tuju dan objektif jangka panjang organisasi, manakala pelan taktikal menterjemahkannya kepada tindakan khusus. Pelan operasional pula memperincikan langkah-langkah praktikal untuk memastikan pelaksanaan berjalan dengan efektif dan efisien. 19
SINERGI BUDAYA KERJA 20
Pembaharuan tadbiran sektor awam menuntut sinergi budaya kerja yang merentas pelbagai entiti secara bersepadu. Melalui penerapan pendekatan Menyeluruh Kerajaan (Whole-of-Government -WoG), Menyeluruh Negara (Whole-of-Nation -WoN) dan Menyeluruh Dunia (Whole-of-World -WoW), agenda pembaharuan ini dilaksanakan secara holistik bagi memastikan impak yang signifikan terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. 20
Keberkesanan komunikasi di peringkat domestik dan global merupakan pemangkin utama dalam menjamin pelaksanaan yang cekap, berkesan dan berteraskan rakyat. 20
WoG 20
WoW 20
WON 20
Menyeluruh Kerajaan (Whole-of-Government -WOG) 20
Pembaharuan sektor awam memerlukan pendekatan yang holistik dengan setiap entiti sektor awam tidak berfungsi secara terpisah dan beroperasi secara silo tetapi saling menyokong untuk mencapai objektif bersama. 20
Menyeluruh Negara (Whole-of-Nation -WON) 20
Kejayaan pembaharuan dalam sektor awam bukan hanya bergantung pada kerajaan sahaja, tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama dari masyarakat, sektor swasta, Pertubuhan Masyarakat Sivil (Civil Society Organisation - CSO), Organisasi Bukan Kerajaan (Non Government Organisation - NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (Community Based Organisation - CBO). 20
Menyeluruh Dunia (Whole-Of-World -WOW) Dalam dunia yang semakin terhubung, banyak isu yang dihadapi oleh sektor awam adalah bersifat transnasional dan memerlukan kerjasama antara negara. Isu seperti perubahan iklim, pandemik dan keselamatan siber memerlukan respons yang melibatkan bukan sahaja negara sendiri, tetapi juga komuniti antarabangsa. 20
Melaksanakan pelbagai tindakan yang spesifik berdasarkan perancangan yang telah dibuat. 21
Membuat penilaian terhadap keberkesanan dan pencapaian pembaharuan yang telah dilaksanakan bertujuan memeriksa sejauh mana pembaharuan yang dilaksanakan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan mengenal pasti sebarang kelemahan atau kekurangan dalam proses pelaksanaan. 21
Membuat penambahbaikan dan perubahan yang diperlukan bagi memastikan pembaharuan yang dilaksanakan lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa. 21
MEKANISME PELAKSANAAN 22
Pembaharuan tadbiran sektor awam memerlukan struktur tadbir urus yang jelas dan mekanisme pemantauan yang berkesan bagi memastikan setiap strategi serta inisiatif pembaharuan dilaksanakan secara sistematik dan memberi impak positif terhadap penyampaian perkhidmatan awam. Keberkesanan pembaharuan ini bergantung kepada pelaksanaan yang teratur dengan fokus kepada hasil yang dapat dirasai oleh masyarakat. 22
Tadbir urus ini diperkukuh melalui struktur pemantauan yang sistematik di peringkat kementerian, kerajaan negeri dan agensi sektor awam. Di peringkat Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab menyediakan laporan pembaharuan tadbiran sektor awam kepada Ketua Setiausaha Negara, di samping menerajui satu jawatankuasa bagi menyelaraskan pemantauan dan pelaksanaan aktiviti berkenaan. Sinergi ini diperluas menerusi penglibatan aktif kerajaan negeri dan semua agensi sektor awam peringkat negeri bagi menjamin kelangsungan transformasi serta keselarasan pelaksanaan di setiap peringkat pentadbiran. 22
Pelaporan kepada Ketua Setiausaha Negara 22
PENUTUP 22
PERTANYAAN 23

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy