PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026
Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA) dirumuskan sebagai satu seni bina perubahan yang holistik untuk memacu pembaharuan sektor awam secara berterusan, berimpak dan lestari. Dalam konteks ini, EPTSA berperanan sebagai kompas pembaharuan yang memandu hala tuju usaha perubahan dalam sektor awam, selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan amalan terbaik antarabangsa. Hala tuju ini digerakkan melalui empat kerangka utama, iaitu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Rancangan Malaysia (RMK), Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Dalam konteks pembaharuan sektor awam, prinsip kebolehulangan/replikabiliti dan lestari memainkan peranan penting untuk memastikan perubahan yang dilaksanakan memberi impak positif dan mampu diperluas serta diteruskan dengan berkesan. Pembaharuan replikabel merujuk perubahan yang boleh disalin dan diterapkan semula di pelbagai agensi atau kawasan dalam sektor awam tanpa mengurangkan keberkesanannya. Pembaharuan lestari pula merujuk kepada pembaharuan yang dilaksanakan dengan mengambil kira kelangsungan jangka panjang. Prinsip ini memastikan perubahan yang dibuat bukan sahaja bertahan dalam jangka pendek, tetapi juga dapat berkembang seiring dengan perubahan zaman. EPTSA menggabungkan kedua-dua konsep ini dalam satu rangka kerja yang holistik. Kebolehulangan memastikan amalan terbaik dapat diperluas ke seluruh sektor awam manakala kelestarian memastikan pembaharuan yang dilaksanakan dapat bertahan lama dan beradaptasi dengan perubahan yang berlaku. EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 5 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy