PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

PDCA Satu kitaran pengurusan empat langkah (Plan, Do, Check, Act - PDCA) yang digunakan secara meluas untuk penambahbaikan berterusan dalam proses, produk atau perkhidmatan. Pelan Operasional Pelan yang memperincikan langkah-langkah pelaksanaan harian atau jangka pendek bagi setiap inisiatif. Pelan ini memastikan setiap tindakan dijalankan secara efektif dan ef isien, termasuk pengagihan sumber, tugas, masa dan prosedur pengurusan harian. Pelan Strategik Pelan yang mengandungi hala tuju jangka panjang organisasi, mengenal pasti matlamat utama dan aspirasi, serta memberi panduan umum untuk pembangunan dan pembaharuan dalam tempoh masa tertentu. Ia berfungsi sebagai asas untuk semua keputusan dan inisiatif seterusnya. Pelan Taktikal Pelan yang menterjemahkan pelan strategik kepada inisiatif khusus dan tindakan terancang. Pelan ini menentukan pendekatan, program dan projek yang perlu dilaksanakan untuk mencapai sasaran strategik, serta menghubungkan visi jangka panjang dengan langkah-langkah praktikal. Pembaharuan Lestari Pembaharuan yang dilaksanakan dengan mengambil kira kelangsungan jangka panjang. Pembaharuan Replikabel Perubahan yang dapat disalin dan diterapkan semula di pelbagai agensi atau kawasan dalam sektor awam dengan mudah, tanpa mengurangkan keberkesanannya. Persekitaran Faktor-faktor luar seperti ekonomi, sosial dan perundangan yang mempengaruhi operasi sektor awam. Menyeluruh Kerajaan/Whole-of- Government (WOG) Penglibatan dan kerjasama bersepadu antara kementerian, kerajaan negeri dan pelbagai agensi sektor awam. Menyeluruh Negara/Whole-of- Nation (WON) Penglibatan dan kerjasama merangkumi sektor awam, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti di dalam negara. Output Anjakan nilai, sikap, minda dan tingkah laku penjawat awam ke arah amalan kerja berprestasi tinggi. ii Penglibatan dan kerjasama strategik di peringkat global yang melibatkan negara-negara, organisasi antarabangsa, syarikat multinasional dan komuniti antarabangsa. Menyeluruh Dunia/Whole-of-World (WOW)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy