Pekeliling ini menggariskan skop pengurusan tadbiran sektor awam yang berfokus pada agenda pembaharuan penyampaian perkhidmatan. Berperanan sebagai dokumen induk, pekeliling ini menyelaraskan semua dasar berkaitan bagi menjamin kerangka kerja yang mantap dan bersepadu sekali gus memastikan setiap intervensi strategik pembaharuan sektor awam bergerak di atas landasan yang seragam. Teras utama pekeliling ini didasari oleh Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA), sebuah seni bina strategik komprehensif yang memacu agenda pembaharuan secara sistematik dan berimpak tinggi. Sebagai sistem pandu arah utama, EPTSA menjajarkan hala tuju strategik dengan aspirasi pembangunan negara serta penanda aras kecemerlangan antarabangsa bagi memastikan keberhasilan perkhidmatan awam sentiasa dinamik dan relevan. DOKUMEN INDUK Sumber rujukan utama yang menggariskan hala tuju, strategi dan impak keberhasilan pelaksanaan. Sebagai contoh, PPSA: Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam berperanan sebagai dokumen rujukan induk dalam pembaharuan tadbiran sektor awam. Tandatangan: Ketua Setiausaha Negara. DOKUMEN SUB INDUK Penerangan terperinci mengenai pengkhususan bidang. Sebagai contoh, SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam memperincikan pelaksanaan yang bersandarkan PPSA: Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam. Tandatangan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. INSTRUMEN OPERASI Ceraian, kit alat atau panduan pelaksanaan yang lebih teknikal dan spesifik. Sebagai contoh, IO: Kriteria Pemantauan Keberkesanan Pengurusan Inovasi memperincikan tatacara pelaksanaan bagi SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam. Tandatangan: Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmatan Awam OBJEKTIF SKOP KAEDAH PELAKSANAAN 2 3 4 Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026 KERAJAAN MALAYSIA Pelaksanaan pembaharuan yang berteraskan Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam bertujuan mencapai objektif yang berikut: 1. 2. 3. Menetapkan hala tuju pembaharuan tadbiran sektor awam secara strategik, terancang dan bersepadu agar pelaksanaan inisiatifnya bersifat menyeluruh serta tidak terpisah atau berjangka pendek. Memastikan strategi dan inisiatif pembaharuan dirangka serta digerakkan secara berfokus, berkesan dan berimpak tinggi ke arah pencapaian hasil yang optimum. Memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam melalui pembaharuan yang berpandukan aspirasi negara dan amalan terbaik di peringkat global. Pekeliling ini memastikan setiap fasa perubahan dilaksanakan dengan ketelitian yang tinggi demi mencapai impak keberhasilan yang nyata. Pelaksanaan ini diperkukuh menerusi Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang diterbitkan secara modular mengikut bidang spesifik. Pendekatan modular ini memberikan panduan teknikal yang lebih terperinci, lantas memastikan keluwesan dalam mengadaptasi inisiatif mengikut acuan mahupun keperluan masing-masing. 2
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy