PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026
OUTPUT PRODUK & PERKHIDMATAN ( Kuantiti, Kualiti, Kos & Masa) Hasil daripada pelaksanaan strategi dan inisiatif pembaharuan diterjemahkan menjadi output yang ditambah baik. Output ini berfungsi sebagai kayu ukur awal keberkesanan pelaksanaan pembaharuan. Sebelum menghasilkan keberhasilan yang lebih luas, ia memberikan gambaran awal tentang pencapaian yang telah diperoleh. Output dapat dinilai secara objektif melalui empat aspek utama, iaitu kualiti, kuantiti, kos dan masa. Penilaian terhadap aspek-aspek ini membolehkan pihak berkepentingan membuat analisis tentang sejauh mana pembaharuan telah berjaya dicapai dan memberi asas kepada tindakan lanjut untuk peningkatan yang lebih berkesan. Sesuatu pembaharuan ke atas keluaran yang berkualiti haruslah mempunyai ciri ketepatan, kebolehpercayaan dan konsistensi yang lebih baik bagi memenuhi jangkaan rakyat yang kian meningkat. Peningkatan volum keluaran dan liputan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat bagi memastikan manfaat tersebut dinikmati secara saksama. Dana awam digunakan secara optimum dan ef isien dengan tujuan untuk mendapatkan nilai terbaik daripada setiap ringgit yang dibelanjakan. Pemendekan tempoh masa mencerminkan peningkatan tahap produktiviti dan kecekapan kitaran kerja. Aspek kualiti Aspek kuantiti Aspek kos Aspek masa OUTPUT BERTERASKAN PEMBAHARUAN 7
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy