PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Pembaharuan tadbiran sektor awam memerlukan struktur tadbir urus yang jelas dan mekanisme pemantauan yang berkesan bagi memastikan setiap strategi serta inisiatif pembaharuan dilaksanakan secara sistematik dan memberi impak positif terhadap penyampaian perkhidmatan awam. Keberkesanan pembaharuan ini bergantung kepada pelaksanaan yang teratur dengan fokus kepada hasil yang dapat dirasai oleh masyarakat. Tadbir urus ini diperkukuh melalui struktur pemantauan yang sistematik di peringkat kementerian, kerajaan negeri dan agensi sektor awam. Di peringkat Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menyediakan laporan pembaharuan dan pemodenan tadbiran sektor awam kepada Ketua Setiausaha Negara, di samping menerajui satu jawatankuasa bagi menyelaraskan pemantauan dan pelaksanaan aktiviti berkenaan. Sinergi ini diperluas menerusi penglibatan aktif kerajaan negeri dan agensi sektor awam bagi menjamin kelangsungan transformasi serta keselarasan pelaksanaan di setiap peringkat pentadbiran. 6 MEKANISME PELAKSANAAN Jawatankuasa peringkat perkhidmatan awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pelaporan kepada Ketua Setiausaha Negara Jawatankuasa peringkat perkhidmatan awam negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melalui integrasi pekeliling, surat pekeliling dan instrumen operasi, agenda pembaharuan tadbiran sektor awam akan berada di landasan yang lebih kukuh dan berorientasikan masa depan. Segala usaha ini melampaui sekadar perubahan prosedur di atas kertas, sebaliknya terus diterjemahkan sebagai manifestasi komitmen bagi membina perkhidmatan awam yang responsif, efektif serta kekal relevan. Dengan berpaksikan tadbir urus yang cemerlang, sektor awam akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam memacu kemajuan negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang, mampan serta berintegriti. 7 PENUTUP 12

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy