PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026 KERAJAAN MALAYSIA Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM bilangan 1 tahun 2026

Keberhasilan yang memberi impak kepada kesejahteraan dan kepercayaan rakyat menjadi teras utama dalam merangka dan melaksanakan pembaharuan tadbiran sektor awam. PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM Kecekapan • Keberkesanan • Berpaksikan Rakyat

SURAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAKRIFAN 1. PENGENALAN 2. OBJEKTIF 3. SKOP 4. KAEDAH PELAKSANAAN 5. EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM ALIRAN PEMBAHARUAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BERPANDUKAN PELAN STRATEGIK, PELAN OPERASIONAL DAN PELAN TAKTIKAL SINERGI BUDAYA KERJA KITARAN PEMBAHARUAN 6. MEKANISME PELAKSANAAN 7. PENUTUP PERTANYAAN KANDUNGAN i 1 2 2 2 3 12 12

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam TUJUAN Pekeliling ini bertujuan menerangkan panduan mekanisme strategik yang memacu evolusi pembaharuan tadbiran sektor awam bagi memastikan setiap usaha pembaharuan bermula dengan sasaran keberhasilan berimpak tinggi dan diselaraskan berpandukan aspirasi pembangunan negara, keutamaan semasa kerajaan serta penanda aras amalan terbaik. LATAR BELAKANG 2. Sebelum tahun 2023, fungsi pemodenan dan perancangan pengurusan diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bermula pada 2026, fungsi tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan diperkukuh dengan peluasan skop kepada ‘pembaharuan tadbiran sektor awam’ yang lebih progresif. 3. Penstrukturan semula fungsi tersebut telah memberikan dimensi baharu kepada peranan JPA dalam menerajui agenda pembaharuan tadbiran sektor awam secara lebih strategik, progresif dan berimpak tinggi. Selaras dengan peralihan ini, fungsi pemodenan dan perancangan pengurusan akan lebih menyeluruh dalam melaksanakan agenda pembaharuan tadbiran sektor awam dengan memberi penekanan terhadap usaha memperkasakan tadbir urus sektor awam agar lebih tangkas, dinamik dan berorientasikan keberhasilan. KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Rujukan : JPA.(S).900-8/14/4 (1) Tarikh : 14 April 2026 Telefon Faks : 03 8872 7211 : 03 8889 4479

4. Bagi mendukung hasrat tersebut, Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam diperkenalkan sebagai kompas pembaharuan yang berperanan sebagai rujukan induk yang komprehensif dalam memperkukuh tadbir urus sektor awam. PELAKSANAAN 5. Pelaksanaan dasar dan panduan mengenai pembaharuan tadbiran awam akan dijelaskan melalui Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai rujukan dan panduan dalam memastikan pelaksanaan tadbir urus sektor awam berjalan lancar dan lebih efisyen bagi menjamin kesinambungan pembaharuan dalam sektor awam. Perincian berhubung dengan kaedah pelaksanaan pekeliling ini adalah seperti di Lampiran A. 6. Apa-apa pekeliling, surat pekeliling, garis panduan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri sebelum berkuatkuasanya pekeliling ini hendaklah terus berkuatkuasa dan terus dilaksanakan melainkan dibatal dengan nyata melalui apa-apa pekeliling, surat pekeliling, garis panduan atau arahan lain yang berkuatkuasa. TADBIR URUS 7. JPA bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembaharuan tadbiran sektor awam kepada Ketua Setiausaha Negara dan pemantauan serta aktiviti tadbir urus agensi sektor awam melalui jawatankuasa bersesuaian di peringkat Persekutuan. Penglibatan aktif kerajaan negeri dan semua agensi sektor awam juga adalah penting bagi menjamin kelangsungan transformasi serta keselarasan pelaksanaan di setiap peringkat pentadbiran. TARIKH KUATKUASA 8. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan. PEMAKAIAN 9. Pekeliling ini terpakai bagi semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk pada penerimaannya oleh pihak berkuasa masingmasing, peruntukan pekeliling ini secara keseluruhannya diperluas pemakaiannya kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

MAKLUMAT PERTANYAAN 10. Sebarang pertanyaan berhubung pekeliling ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Reformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR Ketua Setiausaha Negara Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026 PANDUAN PELAKSANAAN PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 LAMPIRAN A KERAJAAN MALAYSIA

TAKRIFAN Aktiviti Pelaksanaan strategi dan inisiatif pembaharuan secara terancang dan berpacukan keberhasilan (outcome-oriented). Bagi maksud pemakaian Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam: Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam, takrifan yang berikut diguna pakai: Aliran Pembaharuan Langkah-langkah atau proses yang digerakkan untuk melaksanakan pembaharuan. Bertindak - PDCA Tindakan pembetulan atau penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian yang telah dilakukan dalam langkah Semak. Impak Kesan atau perubahan jangka panjang yang berkesinambungan daripada sesuatu keberhasilan. Input Sumber yang digunakan dalam analisis jurang keperluan untuk membandingkan keadaan semasa dengan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan. Keberhasilan Pencapaian matlamat daripada output yang berorientasikan kecekapan, keberkesanan dan kepentingan rakyat. Kos Perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek, termasuklah perbelanjaan berkaitan operasi, sumber manusia dan aset. Kualiti Tahap mutu sesuatu perkhidmatan yang disampaikan berdasarkan aspek kecekapan, keberkesanan, ketepatan masa, responsif, mesra pelanggan dan keupayaannya memenuhi keperluan dan jangkaan penerima perkhidmatan. Laksana - PDCA Langkah pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan bahawa objektif pembaharuan tercapai. Masa Waktu yang diambil dalam satu kitaran kerja. Jumlah, bilangan, kadar atau ukuran sesuatu perkara yang dinyatakan secara khusus dan boleh dihitung atau diukur. Kuantiti i Agensi Sektor Awam Agensi yang mempunyai perjawatan berdasarkan skim perkhidmatan sektor awam serta berpandukan takrifan Kementerian, Jabatan, Perbadanan, Perbadanan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PDCA Satu kitaran pengurusan empat langkah (Plan, Do, Check, Act - PDCA) yang digunakan secara meluas untuk penambahbaikan berterusan dalam proses, produk atau perkhidmatan. Pelan Operasional Perancangan terperinci berdasarkan pelan strategik yang bertujuan melaksanakan strategi yang telah ditetapkan. Pelan Strategik Perancangan jangka panjang yang menetapkan arah tuju keseluruhan organisasi atau program. Pelan Taktikal Perancangan berfokuskan pada tindakan segera dan penyelesaian masalah jangka pendek berdasarkan pelan operasional. Pembaharuan Lestari Pembaharuan yang dilaksanakan dengan mengambil kira kelangsungan jangka panjang. Pembaharuan Replikabel Perubahan yang dapat disalin dan diterapkan semula di pelbagai agensi atau kawasan dalam sektor awam dengan mudah, tanpa mengurangkan keberkesanannya. Persekitaran Faktor-faktor luar seperti ekonomi, sosial dan perundangan yang mempengaruhi operasi sektor awam. Proses Langkah-langkah atau urutan tindakan yang dilaksanakan untuk mencapai hasil atau matlamat tertentu dalam sistem atau organisasi. Menyeluruh Kerajaan/Whole-ofGovernment (WOG) Penglibatan dan kerjasama bersepadu antara kementerian, kerajaan negeri dan pelbagai agensi sektor awam di dalam negara. Menyeluruh Negara/Whole-ofNation (WON) Penglibatan dan kerjasama merangkumi sektor awam, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti di dalam negara. Output Anjakan nilai, sikap, minda dan tingkah laku penjawat awam ke arah amalan kerja berprestasi tinggi. ii Penglibatan dan kerjasama strategik di peringkat global yang melibatkan negara-negara, organisasi antarabangsa, syarikat multinasional dan komuniti antarabangsa. Menyeluruh Dunia/Whole-of-World (WOW)

Semak - PDCA Langkah penilaian terhadap keberkesanan dan pencapaian pembaharuan yang telah dilaksanakan. Teknologi Peralatan, sistem dan peranti yang digunakan untuk meningkatkan efisiensi dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan. Rekayasa Proses Kerja Penilaian semula secara menyeluruh terhadap aliran kerja, prosedur dan kaedah pelaksanaan tugasan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta mengoptimumkan penggunaan sumber. Penyesuaian kaedah, pendekatan dan persekitaran kerja dalam melaksanakan tugasan bagi menyokong pelaksanaan proses kerja yang lebih ringkas, fleksibel dan adaptif. Rekayasa Mod Kerja Rekayasa Budaya Kerja Anjakan nilai, sikap, minda dan tingkah laku penjawat awam ke arah amalan kerja berprestasi tinggi. iii Rancang – PDCA Langkah perancangan untuk mengenal pasti matlamat pembaharuan dan menetapkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.

Pembaharuan tadbiran sektor awam merupakan keperluan strategik yang perlu dilaksanakan secara terancang, menyeluruh dan bersepadu serta tidak boleh dijalankan secara terpisah, ad hoc atau hanya bergantung pada strategi dan inisiatif jangka pendek. Dalam landskap pentadbiran moden yang semakin kompleks, sektor awam berhadapan dengan pelbagai cabaran serta tuntutan rakyat yang semakin meningkat terhadap penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti, di samping memperkukuh kesejahteraan rakyat dan keyakinan terhadap institusi kerajaan. Melihat kepada perkembangan ini, Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam diperkenalkan sebagai dokumen rujukan induk yang berfungsi sebagai panduan strategik dan komprehensif dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pembaharuan sektor awam yang berimpak tinggi. Tunjang utama kepada agenda besar pembaharuan tadbiran sektor awam yang dimuatkan dalam pekeliling ini ialah Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA). EPTSA dirumuskan sebagai satu seni bina holistik yang bertujuan memacu pembaharuan berterusan di seluruh jentera kerajaan. Sebagai sistem navigasi utama, EPTSA menetapkan hala tuju agensi sektor awam secara sistematik, menjajarkan setiap keringat pembaharuan dengan aspirasi pembangunan negara, keutamaan semasa kerajaan dan penanda aras amalan terbaik antarabangsa. Dengan berlandaskan pekeliling ini, agenda pembaharuan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berdaya tahan dan berterusan, seterusnya memperkukuh keupayaan sektor awam untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih responsif, efektif dan berimpak kepada rakyat dan negara. 1 PENGENALAN 1

Pekeliling ini menggariskan skop pengurusan tadbiran sektor awam yang berfokus pada agenda pembaharuan penyampaian perkhidmatan. Berperanan sebagai dokumen induk, pekeliling ini menyelaraskan semua dasar berkaitan bagi menjamin kerangka kerja yang mantap dan bersepadu sekali gus memastikan setiap intervensi strategik pembaharuan sektor awam bergerak di atas landasan yang seragam. Teras utama pekeliling ini didasari oleh Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA), sebuah seni bina strategik komprehensif yang memacu agenda pembaharuan secara sistematik dan berimpak tinggi. Sebagai sistem pandu arah utama, EPTSA menjajarkan hala tuju strategik dengan aspirasi pembangunan negara serta penanda aras kecemerlangan antarabangsa bagi memastikan keberhasilan perkhidmatan awam sentiasa dinamik dan relevan. DOKUMEN INDUK Sumber rujukan utama yang menggariskan hala tuju, strategi dan impak keberhasilan pelaksanaan. Sebagai contoh, PPSA: Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam berperanan sebagai dokumen rujukan induk dalam pembaharuan tadbiran sektor awam. Tandatangan: Ketua Setiausaha Negara. DOKUMEN SUB INDUK Penerangan terperinci mengenai pengkhususan bidang. Sebagai contoh, SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam memperincikan pelaksanaan yang bersandarkan PPSA: Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam. Tandatangan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. INSTRUMEN OPERASI Ceraian, kit alat atau panduan pelaksanaan yang lebih teknikal dan spesifik. Sebagai contoh, IO: Kriteria Pemantauan Keberkesanan Pengurusan Inovasi memperincikan tatacara pelaksanaan bagi SPPSA: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam. Tandatangan: Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmatan Awam OBJEKTIF SKOP KAEDAH PELAKSANAAN 2 3 4 Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026 KERAJAAN MALAYSIA Pelaksanaan pembaharuan yang berteraskan Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam bertujuan mencapai objektif yang berikut: 1. 2. 3. Menetapkan hala tuju pembaharuan tadbiran sektor awam secara strategik, terancang dan bersepadu agar pelaksanaan inisiatifnya bersifat menyeluruh serta tidak terpisah atau berjangka pendek. Memastikan strategi dan inisiatif pembaharuan dirangka serta digerakkan secara berfokus, berkesan dan berimpak tinggi ke arah pencapaian hasil yang optimum. Memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam melalui pembaharuan yang berpandukan aspirasi negara dan amalan terbaik di peringkat global. Pekeliling ini memastikan setiap fasa perubahan dilaksanakan dengan ketelitian yang tinggi demi mencapai impak keberhasilan yang nyata. Pelaksanaan ini diperkukuh menerusi Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang diterbitkan secara modular mengikut bidang spesifik. Pendekatan modular ini memberikan panduan teknikal yang lebih terperinci, lantas memastikan keluwesan dalam mengadaptasi inisiatif mengikut acuan mahupun keperluan masing-masing. 2

Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA) dirumuskan sebagai satu seni bina perubahan yang holistik untuk memacu pembaharuan sektor awam secara berterusan, berimpak dan lestari. Dalam konteks ini, EPTSA berperanan sebagai kompas pembaharuan yang memandu hala tuju usaha perubahan dalam sektor awam, selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan amalan terbaik antarabangsa. Hala tuju ini digerakkan melalui lima kerangka utama, iaitu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Rancangan Malaysia (RMK), Akta Iltizam, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Pelan Strategik Perkhidmatan Awam (PSPA). Dalam konteks pembaharuan sektor awam, prinsip kebolehulangan/replikabiliti dan lestari memainkan peranan penting untuk memastikan perubahan yang dilaksanakan memberi impak positif dan mampu diperluas serta diteruskan dengan berkesan. Pembaharuan replikabel merujuk perubahan yang boleh disalin dan diterapkan semula di pelbagai agensi atau kawasan dalam sektor awam tanpa mengurangkan keberkesanannya. Pembaharuan lestari pula merujuk kepada pembaharuan yang dilaksanakan dengan mengambil kira kelangsungan jangka panjang. Prinsip ini memastikan perubahan yang dibuat bukan sahaja bertahan dalam jangka pendek, tetapi juga dapat berkembang seiring dengan perubahan zaman. EPTSA menggabungkan kedua-dua konsep ini dalam satu rangka kerja yang holistik. Kebolehulangan memastikan amalan terbaik dapat diperluas ke seluruh sektor awam manakala kelestarian memastikan pembaharuan yang dilaksanakan dapat bertahan lama dan beradaptasi dengan perubahan yang berlaku. EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM 5 3

Pembaharuan dalam sektor awam bertujuan memacu keberkesanan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh ketelusan dan membudayakan akauntabiliti yang berteraskan integriti tinggi. Kejayaan pembaharuan ini dapat diterjemahkan menjadi aliran pembaharuan yang bermula dengan sasaran keberhasilan, diikuti input (manusia, proses, teknologi dan persekitaran), aktiviti rekayasa (proses kerja, mod kerja dan budaya kerja) dan output (kualiti, kuantiti, kos dan masa) serta diakhiri dengan penilaian pencapaian keberhasilan. PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (Kecekapan, Keberkesanan & Berpaksikan Rakyat) KEBERHASILAN INPUT AKTIVITI OUTPUT JURANG KEPERLUAN (Manusia, Proses, Teknologi & Persekitaran) STRATEGI & INISIATIF (Proses Kerja, Mod Kerja & Budaya Kerja) PRODUK & PERKHIDMATAN (Kuantiti, Kualiti, Kos & Masa) Keberhasilan merupakan titik mula yang mendefinisikan kepercayaan dan kesejahteraan rakyat. Ia merujuk kepada penetapan sasaran matlamat yang berorientasikan kecekapan, keberkesanan dan berpaksikan rakyat. Penetapan keberhasilan merupakan prinsip asas pembaharuan tadbiran sektor awam. Penetapan ini dizahirkan menerusi keberkesanan strategi dan inisiatif yang menjurus ke arah peningkatan kuantiti dan kualiti perkhidmatan, di samping penjimatan kos dan pengurangan tempoh masa penyampaian. PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (Kecekapan, Keberkesanan & Berpaksikan Rakyat) KEBERHASILAN ALIRAN PEMBAHARUAN PENETAPAN KEBERHASILAN BERTERASKAN PEMBAHARUAN 4

Manusia Proses Teknologi Persekitaran INPUT JURANG KEPERLUAN Agensi sektor awam perlu mengenal pasti jurang antara keadaan semasa dengan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan bagi melaksanakan pembaharuan yang berkesan. Analisis ini memberi tumpuan kepada empat aspek utama yang membentuk kapasiti organisasi iaitu manusia, proses, teknologi dan persekitaran. Jurang keperluan dari aspek manusia berlaku apabila penjawat awam tidak diberikan latihan yang mencukupi atau tidak mempunyai kemahiran yang relevan dengan perubahan teknologi dan tuntutan masyarakat. Jurang keperluan dari aspek proses berlaku apabila prosedur yang ada menjadi usang, kurang fleksibel atau tidak relevan dengan konteks semasa. Jurang keperluan dari aspek teknologi berlaku apabila infrastruktur yang ada tidak dapat menyokong perubahan yang diinginkan atau gagal memenuhi keperluan modernisasi sektor awam. Jurang keperluan dari aspek persekitaran berlaku apabila faktor-faktor luar seperti ekonomi, sosial dan perundangan mempengaruhi operasi sektor awam. INPUT BERTERASKAN PEMBAHARUAN 5

AKTIVITI Proses Kerja STRATEGI & INISIATIF Budaya Kerja Berasaskan penilaian jurang keperluan yang dikenal pasti, agensi sektor awam hendaklah merangka dan melaksanakan strategi dan inisiatif pembaharuan secara terancang dan berorientasikan keberhasilan (outcome-oriented). Pendekatan holistik ini dizahirkan melalui tiga aktiviti rekayasa utama iaitu rekayasa proses kerja, mod kerja dan budaya kerja bagi memastikan kelestarian kecemerlangan organisasi. Rekayasa Proses Kerja Proses kerja yang bertindan, berulang atau bersifat birokratik hendaklah dipermudah melalui pendigitalan, automasi dan integrasi sistem. Contoh: Penyampaian perkhidmatan pelesenan yang sebelum ini dilaksanakan melalui kaunter fizikal dan semakan manual ditransformasikan kepada sistem dalam talian sepenuhnya. Rekayasa Mod Kerja Penyesuaian kaedah, pendekatan dan persekitaran kerja dalam melaksanakan tugasan hendaklah dimanfaatkan bagi menyokong pelaksanaan proses kerja yang lebih ringkas, fleksibel dan adaptif. Contoh: Pengenalan mod kerja alternatif seperti Bekerja dari Rumah (BDR), penggunaan platform kolaborasi digital dan pelaksanaan mesyuarat secara dalam talian. Rekayasa Budaya Kerja Anjakan nilai, sikap, minda dan tingkah laku penjawat awam hendaklah diberi penekanan ke arah amalan kerja berprestasi tinggi. Contoh: Amalan kerja secara silo hendaklah digantikan dengan pendekatan kolaborasi rentas agensi. Mod Kerja AKTIVITI BERTERASKAN PEMBAHARUAN 6

OUTPUT PRODUK & PERKHIDMATAN (Kuantiti, Kualiti, Kos & Masa) Hasil daripada pelaksanaan strategi dan inisiatif pembaharuan diterjemahkan menjadi output yang ditambah baik. Output ini berfungsi sebagai kayu ukur awal keberkesanan pelaksanaan pembaharuan. Sebelum menghasilkan keberhasilan yang lebih luas, ia memberikan gambaran awal tentang pencapaian yang telah diperoleh. Output dapat dinilai secara objektif melalui empat aspek utama, iaitu kualiti, kuantiti, kos dan masa. Penilaian terhadap aspekaspek ini membolehkan pihak berkepentingan membuat analisis tentang sejauh mana pembaharuan telah berjaya dicapai dan memberi asas kepada tindakan lanjut untuk peningkatan yang lebih berkesan. Sesuatu pembaharuan ke atas keluaran yang berkualiti haruslah mempunyai ciri ketepatan, kebolehpercayaan dan konsistensi yang lebih baik bagi memenuhi jangkaan rakyat yang kian meningkat. Peningkatan volum keluaran dan liputan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat bagi memastikan manfaat tersebut dinikmati secara saksama. Dana awam digunakan secara optimum dan efisien dengan tujuan untuk mendapatkan nilai terbaik daripada setiap ringgit yang dibelanjakan. Pemendekan tempoh masa mencerminkan peningkatan tahap produktiviti dan kecekapan kitaran kerja. Aspek kualiti Aspek kuantiti Aspek kos Aspek masa OUTPUT BERTERASKAN PEMBAHARUAN 7

• Kualiti Hidup • Akses Perkhidmatan • Mobiliti Sosial • Keselamatan IMPAK KEPERCAYAAN RAKYAT • Akauntabiliti • Ketelusan • Responsif • Keterlihatan KESEJAHTERAAN RAKYAT Pembaharuan dalam sektor awam adalah satu langkah penting yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan pentadbiran awam lebih efisien, cekap dan responsif terhadap keperluan rakyat. Keberhasilan daripada pembaharuan ini boleh diukur bukan sahaja melalui pencapaian matlamat pentadbiran tetapi juga dalam konteks impak kepada kepercayaan rakyat dan kesejahteraan rakyat. Keberhasilan yang dicapai melalui pembaharuan sektor awam hendaklah berupaya meningkatkan kepercayaan rakyat dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Kepercayaan rakyat dibina melalui prinsip akauntabiliti, ketelusan, responsif dan keterlihatan yang diamalkan oleh kerajaan. Kesejahteraan rakyat dilihat melalui peningkatan kualiti hidup, kemudahan akses kepada perkhidmatan, mobiliti sosial yang lebih baik dan keselamatan yang terjamin. PENJANAAN IMPAK BERASASKAN KEBERHASILAN 8

STRATEGIK TAKTIKAL OPERASIONAL Perancangan dan pelaksanaan merupakan dua komponen teras dalam menjamin keberhasilan pembaharuan tadbiran sektor awam. Pendekatan ini menuntut sinergi antara Pelan Strategik, Pelan Operasional dan Pelan Taktikal. Dengan pengintegrasian yang baik antara ketiga-tiga pelan ini, pembaharuan proses kerja, mod kerja seterusnya budaya kerja dalam sektor awam akan lebih tersusun dan berjaya mencapai keberhasilan dan natijah impak yang diinginkan. Pelan strategik memberi arah, pelan operasional menyediakan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan strategi dan pelan taktikal menangani tindakan segera yang memastikan setiap langkah diambil dengan efektif dan efisien. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BERPANDUKAN PELAN STRATEGIK, PELAN OPERASIONAL DAN PELAN TAKTIKAL 9

Pembaharuan tadbiran sektor awam menuntut sinergi budaya kerja yang merentas pelbagai entiti secara bersepadu. Melalui penerapan pendekatan Whole-ofGovernment (WoG)/ Menyeluruh Kerajaan, Whole-of-Nation (WoN)/ Menyeluruh Negara dan Whole-of-World (WoW)/Menyeluruh Dunia, agenda pembaharuan ini dilaksanakan secara holistik bagi memastikan impak yang signifikan terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Keberkesanan komunikasi di peringkat domestik dan global merupakan pemangkin utama dalam menjamin pelaksanaan yang cekap, berkesan dan berteraskan rakyat. Menyeluruh Kerajaan/Whole-of-Government (WOG) Pembaharuan sektor awam memerlukan pendekatan yang holistik dengan setiap entiti sektor awam tidak berfungsi secara terpisah dan beroperasi secara silo tetapi saling menyokong untuk mencapai objektif bersama. Menyeluruh Negara/Whole-of-Nation (WON) Kejayaan pembaharuan dalam sektor awam bukan hanya bergantung pada kerajaan sahaja, tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama dari masyarakat, sektor swasta, Pertubuhan Masyarakat Sivil (Civil Society Organisation - CSO), Organisasi Bukan Kerajaan (Non Government Organisation - NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (Community Based Organisation - CBO). Menyeluruh Dunia/Whole-Of-World (WOW) Dalam dunia yang semakin terhubung, banyak isu yang dihadapi oleh sektor awam adalah bersifat transnasional dan memerlukan kerjasama antara negara. Isu seperti perubahan iklim, pandemik dan keselamatan siber memerlukan respons yang melibatkan bukan sahaja negara sendiri, tetapi juga komuniti antarabangsa. WoW (Whole-of-Government) (Whole-of-World) WON WoG (Whole-of-Nation) SINERGI BUDAYA KERJA 10

RANCANG LAKSANA SEMAK BERTINDAK Semua pembaharuan hendaklah dilaksanakan secara berterusan berpandukan Kitaran Pembaharuan Rancang, Laksana, Semak dan Bertindak (Plan, Do, Check, Act- PDCA) bagi memastikan setiap strategi dan inisiatif dinilai serta diperkemas dari semasa ke semasa. Kitaran Pembaharuan ini memastikan proses pembaharuan sentiasa dilaksanakan secara sistematik, berterusan dan responsif terhadap perubahan persekitaran. Mengenal pasti cabaran dan isu yang perlu ditangani, serta merancang dasar, strategi atau inisiatif yang akan dilaksanakan. Melaksanakan pelbagai tindakan yang spesifik berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Membuat penilaian terhadap keberkesanan dan pencapaian pembaharuan yang telah dilaksanakan bertujuan memeriksa sejauh mana pembaharuan yang dilaksanakan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan mengenal pasti sebarang kelemahan atau kekurangan dalam proses pelaksanaan. Membuat penambahbaikan dan perubahan yang diperlukan bagi memastikan pembaharuan yang dilaksanakan lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa. Rancang Laksana Semak Bertindak KITARAN PEMBAHARUAN 11

Pembaharuan tadbiran sektor awam memerlukan struktur tadbir urus yang jelas dan mekanisme pemantauan yang berkesan bagi memastikan setiap strategi serta inisiatif pembaharuan dilaksanakan secara sistematik dan memberi impak positif terhadap penyampaian perkhidmatan awam. Keberkesanan pembaharuan ini bergantung kepada pelaksanaan yang teratur dengan fokus kepada hasil yang dapat dirasai oleh masyarakat. Tadbir urus ini diperkukuh melalui struktur pemantauan yang sistematik di peringkat kementerian, kerajaan negeri dan agensi sektor awam. Di peringkat Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menyediakan laporan pembaharuan dan pemodenan tadbiran sektor awam kepada Ketua Setiausaha Negara, di samping menerajui satu jawatankuasa bagi menyelaraskan pemantauan dan pelaksanaan aktiviti berkenaan. Sinergi ini diperluas menerusi penglibatan aktif kerajaan negeri dan agensi sektor awam bagi menjamin kelangsungan transformasi serta keselarasan pelaksanaan di setiap peringkat pentadbiran. 6 MEKANISME PELAKSANAAN Jawatankuasa peringkat perkhidmatan awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pelaporan kepada Ketua Setiausaha Negara Jawatankuasa peringkat perkhidmatan awam negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melalui integrasi pekeliling, surat pekeliling dan instrumen operasi, agenda pembaharuan tadbiran sektor awam akan berada di landasan yang lebih kukuh dan berorientasikan masa depan. Segala usaha ini melampaui sekadar perubahan prosedur di atas kertas, sebaliknya terus diterjemahkan sebagai manifestasi komitmen bagi membina perkhidmatan awam yang responsif, efektif serta kekal relevan. Dengan berpaksikan tadbir urus yang cemerlang, sektor awam akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam memacu kemajuan negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang, mampan serta berintegriti. 7 PENUTUP 12

Sebarang penjelasan lanjut berkaitan pekeliling ini boleh dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan disalurkan ke email pembaharuan@jpa.gov.my. PERTANYAAN

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM: EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM Dalam mendepani landskap pentadbiran yang semakin rencam dan ekspektasi rakyat yang kian dinamik, sektor awam dituntut untuk terus mempertingkatkan keupayaan dan menyesuaikan kaedah kerja agar kekal relevan serta responsif terhadap keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam (PPSA) diperkenalkan sebagai dokumen rujukan utama yang menggariskan panduan strategik secara menyeluruh. Dokumen berwajah baharu ini berperanan sebagai kompas pembaharuan bagi memastikan setiap usaha pembaharuan dilaksanakan dengan penuh ketelitian demi memaksimumkan impak keberhasilan yang nyata dan bermakna. Pelaksanaan inisiatif ini diperkukuh menerusi Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang diterbitkan secara modular mengikut bidang-bidang tertentu. Pendekatan modular ini menyediakan panduan teknikal yang lebih terperinci sekali gus memberikan fleksibiliti kepada setiap jentera kerajaan untuk menyesuaikan pelaksanaan gerak kerja mengikut acuan dan keperluan masing-masing. Pekeliling ini turut memperkenalkan ekosistem tadbir urus pembaharuan yang dinamik dan tangkas dalam mendepani ketidaktentuan persekitaran serta perkembangan pesat teknologi global. Pendekatan ini menekankan sinergi kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan strategik di dalam negara, malah turut merangkumi kerjasama dengan rakan strategik di peringkat antarabangsa serta penglibatan aktif pihak berkepentingan, bagi memastikan setiap keputusan dan tindakan sentiasa berteraskan kepentingan awam, seterusnya memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan secara holistik. Tuntasnya, saya yakin bahawa melalui pengoperasian PPSA ini, perkhidmatan awam Malaysia akan terus memperkukuh daya tahan dan keupayaannya dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sekali gus memenuhi, malah melangkaui, ekspektasi rakyat demi menjamin kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara yang mampan. (TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR) Ketua Setiausaha Negara Malaysia KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Rujukan : JPA/ Tarikh: 14 April 2026 Telefon Faks : 03 8872 7211 : 03 8889 4479

Pekeliling ini terpakai bagi semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk pada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini diperluas pelaksanaannya kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pekeliling ini berfungsi sebagai punca kuasa utama yang melatari seluruh kerangka pembaharuan tadbiran sektor awam sekaligus menyelaraskan semua pekeliling berkaitan bagi memastikan dasar penyampaian perkhidmatan sentiasa koheren dan bersepadu. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri adalah terbatal. Selanjutnya, Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam (SPPSA) diberi kuasa untuk membatalkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA), Pekeliling Am (PA), Surat Pekeliling Am (SPA), Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU. Pembatalan dokumen dasar ini akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan urus tadbir kerajaan kekal relevan, tersusun dan berkesan. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dibatalkan. Sebarang semakan semula adalah tertakluk kepada arahan terkini atau keperluan perkembangan semasa. Melalui integrasi pekeliling, surat pekeliling dan instrumen operasi, agenda pembaharuan tadbiran sektor awam akan berada di landasan yang lebih kukuh dan berorientasikan masa depan. Segala usaha ini melampaui sekadar perubahan prosedur di atas kertas, sebaliknya terus diterjemahkan sebagai manifestasi komitmen bagi membina perkhidmatan awam yang responsif, efektif serta kekal relevan. Dengan berpaksikan tadbir urus yang cemerlang, sektor awam akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam memacu kemajuan negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang, mampan serta berintegriti. 20 PEMAKAIAN PEMBATALAN PENUTUP 7 8 9 10 TARIKH KUAT KUASA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy