Table of Contents Table of Contents
Previous Page  54 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 54 / 96 Next Page
Page Background

49

“Ask not what your

country can do for

you, ask what you can

do for your country’’.

- John F. Kennedy,

Presiden Amerika Syarikat

Seterusnya, kejayaan dan kemajuan pada aras lebih tinggi tidak akan dapat

dikecapi dan organisasi akan bergerak di landasan yang sama sahaja.

Kesatuan dan perpaduan perlu ditunjukkan di dalam perkhidmatan awam

serta akan menjadi satu indikator atau penanda aras untuk menyelesaikan

perbezaan dan meraikan kepelbagaian dalam perkhidmatan awam itu

sendiri.

Sebagai perancang dan pelaksana kepada dasar negara, anggota

perkhidmatan awam perlu berpegang kepada konsep kesatuan ummah.

Ungkapan yang cukup sinonim dengan kita semua, ‘bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh’ seharusnya difahami dan dihayati dalam memacu

kesatuan ummah. Amalan nilai-nilai murni seperti integriti, saling hormat

menghormati, bersyukur, amanah, berhemah tinggi, kasih sayang dan

merendah diri wajar disuburkan agar menjadi budaya kita semua. Manakala

sifat negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri, dendam dan

menjatuhkan orang lain sewajarnya dijauhi dalam usaha mengekal dan

mengukuhkan penyatuan ummah.

Marilah sama-sama kita menghayati pesan Khalifah Umar Al-Khattab

kepada Gabenor-Gabenornya suatu ketika dahulu, apabila beliau berkata:

“Ingatlah, saya melantik anda bukan untuk memerintah rakyat, tapi agar

anda melayani mereka. Anda harus memberi contoh dengan tindakan baik

sehingga rakyat dapat meneladani anda”. Jadilah sebaik-baik manusia

yang sentiasa memberi dan membawa manfaat kepada sesama insan.