

53
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry
Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, atas kesudian beliau hadir dan berkongsi
mengenai perancangan dan penjajaran kerajaan negeri dengan aspirasi
TN50, demi memastikan masyarakat setiap lapisan memahami dan terlibat
dengan aktif dalam menjayakan TN50 itu nanti.
Tidak juga dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
yang hadir ke program INTAN P
UBLIC POLICY, MINISTERIAL FORUM
SERIES
2017 (IPPMFS) pada kali ini.
Di kesempatan ini juga saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada INTAN atas segala usaha
dan perancangan rapi yang telah dibuat demi menjayakan program bitara
INTAN ini.