Table of Contents Table of Contents
Previous Page  55 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 55 / 96 Next Page
Page Background

A

lhamdulillah, pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas keizinan dan rahmatNya kita

dapat berkumpul bersama-sama untuk menghadiri program INTAN

PUBLIC POLICY MINISTERIAL FORUM SERIES

2017 (IPPMFS)

BERSAMA-SAMA YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI DIRAJA DR.

ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR PERAK, bertajuk “MENELUSURI

T50: SINERGI KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN”.

Kita berasa amat bertuah kerana Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja

Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, sudi melapangkan jadual

beliau untuk bersama-sama dengan kita pada pagi ini, bagi berkongsi satu

tajuk penting dalam memastikan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

sentiasa seiring sekata, sehati sejiwa, demi menjayakan aspirasi kerajaan di

bawah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan atas kehadiran Yang

Berbahagia Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

sebagai manifestasi sokongan padu terhadap penganjuran program bitara

INTAN ini.

INTAN mula melaksanakan

Public Policy Ministerial Forum Series

pada

tahun 2013. Forum ini merupakan platform yang signifikan untuk

mempertemukan anggota pentadbiran kerajaan dan pengurus-pengurus

sektor awam atas semangat dan falsafah bahawa anggota pentadbiran dan

pengurus sektor awam merupakan rakan strategik penting dalam

menjayakan agenda pembangunan negara.

Objektif wacana bitara pada kali ini adalah memupuk kerjasama antara

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam membantu penyediaan

hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun akan datang selari dengan

aspirasi TN50.

INTAN PUBLIC POLICY MINISTERIAL FORUM SERIES 2017 (IPPMFS)

“MENELUSURI T50: SINERGI KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN”

25 SEPTEMBER 2017

AUDITORIUM, INTAN BUKIT KIARA

50