

Program Walkabout pada hari ini diadakan untuk meninjau pembudayaan
1SERVE yang telah dilaksanakan di Majlis Bandaraya Ipoh. Saya
dimaklumkan sehingga hari ini sebanyak 6 Kaunter 1SERVE yang telah
beroperasi di Majlis Bandaraya Ipoh sejak 30 Mac 2017. 6 kaunter 1SERVE
ini yang dikendalikan oleh 6 Petugas Barisan Hadapan MBI menawarkan 11
jenis perkhidmatan dan telah menerima seramai 12,798 pengunjung dari
April sehingga Jun 2017. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan
kepada Majlis Bandaraya Ipoh di atas pencapaian yang membanggakan ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Majlis Bandaraya Ipoh atas inisiatif 1SERVE yang dilaksanakan ini. Saya
yakin Majlis Bandaraya Ipoh dapat dijadikan contoh yang mampu
menyuntik dan menyemarakkan semangat 1SERVE serta memotivasikan
pelaksanaan dan pembudayaan 1SERVE di kalangan jabatan-jabatan dan
agensi-agensi Kerajaan yang lain khususnya Pihak Berkuasa Tempatan.
Saya berharap agar usaha pelaksanaan Kaunter 1SERVE di Majlis
Bandaraya Ipoh ini akan diteruskan dan ditingkatkan lagi di masa akan
datang dengan tambahan jenis perkhidmatan yang lain yang diharapkan
mempermudahkan urusan rakyat.
45