

Malaysia semenjak merdeka sehingga kini, telah mencapai kemajuan yang
amat pesat, hasil kebijaksanaan kepimpinan dan kesungguhan pelaksanaan
pelbagai pelan pembangunan ekonomi yang holistik dan berpaksikan
kehendak rakyat. Dalam masa kurang dari 30 tahun, Malaysia berubah
daripada sebuah negara pertanian, telah berjaya ditransformasikan
menjadi sebuah negara perindustrian. Untuk sepuluh tahun berturut-turut,
perdagangan global Malaysia melebihi RM1 trilion disumbangkan oleh
pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus. Kini jumlah dagangan negara
keseluruhannya adalah RM1.48 trillion pada akhir tahun lepas, yang
meletakkan Malaysia sebagai negara pengeksport ke-24 dan pengimport
ke-26 terbesar dunia. (Sumber: Pangkalan Data Dalam Talian WTO,
Kemaskini April 2017)
Meskipun persekitaran ekonomi mencabar, ekonomi Malaysia mencatat
pertumbuhan yang menggalakkan sebanyak 4.2% pada tahun 2016.
Menurut
World Bank
, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada
tahun ini disasarkan akan meningkat sebanyak 4.9 peratus berbanding
dengan sasaran sebelum ini iaitu 4.3 peratus. Bagi Suku Kedua tahun ini,
KDNK negara telah mencapai 5.8 peratus dengan nilai RM287.2 bilion
pada harga malar dan RM329.5 bilion pada harga semasa. Pencapaian ini
melebihi dari pencapaian pada tahun 2016 iaitu 4.0 peratus bagi tempoh
yang sama. Perspektif positif ini menggambarkan Program Transformasi
Negara telah berjaya memacu ekonomi negara ke tahap yang
membanggakan.
Pencapaian Malaysia juga boleh dilihat kepada pelbagai indikator piawaian
antarabangsa. Sebagai contoh, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan
‘Top 25
Most Competitive Nation
’ berdasarkan
World Competitive
Yearbook
2017 berbanding 63 negara yang disusun oleh
Institute of
Management Development
(IMD) yang beribu pejabat di Switzerland, juga
dalam
Global Competitiveness Report
2017 berbanding sejumlah 138
negara oleh
World Economic Forum
(WEF).
Selain itu, Majalah Forbes dalam penerbitan pada Mei 2017 telah
meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas di antara semua negara
Asia untuk pelaburan asing manakala
Price Waterhouse Coopers
meramalkan ekonomi Malaysia mencapai kedudukan ke-24 terbesar di
dunia menjelang tahun 2050. Kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara
51