Table of Contents Table of Contents
Previous Page  59 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 59 / 96 Next Page
Page Background

ISTIADAT PENGANUGERAHAN

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA)

DAN FELO INTAN 2017

19 OKTOBER 2017

MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS)

54

A

lhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran

ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat

hadir dalam satu majlis yang gemilang pada pagi ini, iaitu majlis Istiadat

Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan

Felo INTAN tahun 2017.

Sesungguhnya, majlis ini sangat signifikan kerana seramai 377 orang

graduan DPA yang telah berjaya menyempurnakan program akan

menerima Diploma Pentadbiran Awam. Untuk makluman YBhg. Tan Sri Dr.

KSN bahawasanya sejak 1977, program direkayasa dengan lonjakan inisiatif

baharu serta ditingkatkan kualiti menjadi Program Diploma Pascasiswazah

Pengurusan Awam. Program ini mendapat akreditasi penuh daripada

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada awal tahun 2016. Graduan pada

hari ini adalah merupakan kumpulan graduan kedua menerima diploma

pascasiswazah dengan pengiktirafan MQA sebagai Pegawai Tadbir dan

Diplomatik Gred M41.