

Malaysia juga kini bertambah kepada 431 bilion ringgit, yakni jumlah rizab
yang semakin mantap dan Ringgit Malaysia menunjukkan trend yang
semakin kukuh.
Dari segi pencapaian kualiti kehidupan rakyat, bukti kejayaan negara kita
dapat dilihat apabila Malaysia dianugerahkan
‘The Best Healthcare in the
World’
bagi 3 tahun berturut-turut oleh
International Living
dalam A
nnual
Global Retirement Index
2017. Malaysia juga telah naik lima (5) anak
tangga dan menduduki tempat ke 42 dari 155 negara dalam
World’s
Happiness Country Index
2017.
Bagi mengekalkan momentum pertumbuhan yang mapan ke arah tahun
2050, gerakan TN50 yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia pada 21 Oktober 2016, merupakan satu inisiatif yang akan
mempersiapkan kita melangkaui tahun 2020 bagi memastikan negara
bersedia menghadapi ketidaktentuan cabaran masa hadapan.
Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai peneraju
transformasi perkhidmatan awam sedang merangka Pelan Induk
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam
2050 yang menggariskan kepakaran dan kemahiran yang dikehendaki demi
mencapai matlamat TN50. Bagi menyokong pelan induk ini, JPA telah
mewujudkan pelan tindakan komprehensif dengan penganjuran program
berimpak tinggi seperti Pengurusan Bakat 2017-2050.
Sehubungan itu, demi menjayakan TN50, gerak kerja proaktif secara
berganding bahu antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan
menghasilkan satu tindakan padu atau sinergi yang amat penting dalam
memastikan negara kita bersedia untuk berhadapan dengan semua
megatrends seperti perubahan demografi, jangka hayat yang lebih
panjang, urbanisasi dan tekanan penggunaan sumber, yang sememangnya
akan memberikan kesan yang signifikan kepada negara, negeri-negeri
sehinggalah ke peringkat akar umbi. Dalam hal ini, saya percaya kerajaan
negeri telah mempunyai satu rangka kerja awalan yang komprehensif dan
mempunyai perancangan rapi yang akan melibatkan pelbagai bentuk libat
urus
(engagement)
dengan semua pihak yang berkepentingan
terutamanya di negeri Perak.
52