

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN
AWAM BERSAMA-SAMA PESERTA PROGRAM
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM
(DPA) INTAN
TAHUN 2017
2 OGOS 2017
DEWAN SERBAGUNA, INTAN BUKIT KIARA
P
ada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada saudara
dan saudari yang telah terpilih bagi mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2017. Inilah
permulaan kerjaya yang menjadi impian saudara dan saudari. Maka
mulakan langkah dengan penuh istiqamah dan keazaman yang tinggi demi
mencapai kejayaan.
Saudara dan saudari akan berada di INTAN yang merupakan gapura ilmu
perkhidmatan awam selama 10 bulan bagi mencapai objektif melahirkan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berperibadi unggul, mempunyai daya
kepimpinan berketrampilan dan responsif dengan keperluan rakyat.
Bagi tujuan ini, saudara dan saudari perlu segera menyesuaikan diri dengan
tiga komponen utama Program DPA, iaitu Akademik, Integrasi Nasional
dan Pengukuhan Diri serta Kemahiran Interpersonal dan Kepimpinan.
Modul-modul ini telah dirancang dan diadun dengan rapi bagi memastikan
kelangsungan kepimpinan Pegawai PTD untuk meneruskan legasi
kecemerlangan yang telah dicipta.
Dalam konteks kepimpinan ini, memetik kata-kata John C. Maxwell
(American author and speaker on leadership)
mengungkapkan
“The single
biggest way to impact an organization is to focus on leadership
development. There is almost no limit to the potential of an organization
that recruits good people, raises them up as leaders and continually
develops them ”.
46