

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah diberi mandat untuk
menerajui dan merencanakan setiap gerak kerja bagi memastikan
pelaksanaan inisiatif 1Serve mencapai misi dan visi iaitu “Melahirkan
Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi, Dinamik dan Berpaksikan
Rakyat selaras dengan komitmen – Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Pelaksanaan ini turut dipadukan dengan sokongan dan kerjasama strategik
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
1SERVE merupakan penambahbaikan kepada perkhidmatan kaunter
Kerajaan, yang sebelum ini mengamalkan konsep satu kaunter satu
perkhidmatan kepada konsep satu kaunter pelbagai perkhidmatan. Ianya
juga selaras dengan prinsip
“Do MORE With LESS For MORE”
untuk
melahirkan Petugas Barisan Hadapan yang serba boleh
(Multi Tasking Front
Liner)
dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan di satu
kaunter
(Multi Service Counters).
Inisiatif 1SERVE ini juga betujuan untuk melakukan lonjakan mega terhadap
kualiti sistem penyampaian Petugas Barisan Hadapan di Sektor Awam
melalui Pembudayaan 1SERVE yang menekankan 8 ciri-ciri utama Petugas
Barisan Hadapan yang cemerlang. Pembudayaan 1SERVE ini adalah
senyum, mendengar, menunjukkan empati kepada pelanggan,
menggunakan psikologi berbalik ataupun
reverse psychology
, memahami
pelanggan, memastikan kebersihan, kepantasan dan kecekapan
perkhidmatan, mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, serta
menunjukkan kesungguhan dan pengetahuan dalam mengambil tindakan.
Dengan adanya Pembudayaan 1SERVE akan melahirkan kakitangan barisan
hadapan yang mampu memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap,
pantas, serta berkesan, konsisten dan berkualiti tinggi, sekali gus
membantu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang
menepati kehendak dan keperluan pelanggan.
44