Table of Contents Table of Contents
Previous Page  60 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 60 / 96 Next Page
Page Background

55

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan Kumpulan

KENCHANA yang telah berjaya menyempurnakan 10 bulan aktiviti

akademik dan kepimpinan di INTAN. Setelah bertungkus-lumus

mengharungi liku dan cabaran berkursus, maka penganugerahan ini adalah

satu testimoni kepada kejayaan.

Bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri

Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kerana dapat meluangkan masa

untuk menganugerahkan diploma kepada para graduan DPA.

Seperti yang semua telah maklum, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah dilantik

sebagai Anggota Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UN CEPA) bagi penggal 2018-2021. YBhg. Tan Sri

adalah rakyat Malaysia pertama dilantik badan dunia itu sebagai anggota

UN CEPA sejak ia ditubuhkan.

YBhg. Tan Sri juga telah menerima

Honorary Degree of Doctor of Science

semasa Majlis Konvokesyen ke 7 B.S. Abdur Rahman Crescent University di

Chennai, India pada 7 Oktober 2017.

Majlis ini akan turut menyaksikan penganugerahan Felo INTAN 2017 Yang

Ke: 28 kepada seorang

prominent figure

yang banyak berjasa kepada

perkhidmatan awam dan negara. Penerima anugerah ini akan diumumkan

oleh YBhg Tan Sri Dr. KSN (Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah

kepada negarawan ulung yang dikasihi, Yang Amat Berbahagia Tun

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, atas penganugerahan Felo INTAN yang

ke-28).

Tahun 2017 iaitu Tahun Penyampaian merupakan tahun kedua pelaksanaan

Rancangan Malaysia Ke-11. Saudara-saudari penjawat awam muda yang

merupakan ejen transformasi paling hadapan antara rakyat dan kerajaan

dalam memacu agenda pembangunan negara dengan jayanya.

Sebagai pegawai PTD muda potensi diri dan komitmen saudara-saudari

perlu diperkukuhkan supaya boleh diteruskan tradisi kecemerlangan

perkhidmatan awam. Amanah dan tanggungjawab perlu dikendong

dengan baik. Bentuklah reputasi dan kepimpinan yang ulung, serta

kecerdikan dalam menelusuri dasar bahkan bersikap waja mendakap

mantra pembangunan negara