

M
alaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju
berpendapatan tinggi seiring dengan Wawasan 2020. Aspirasi negara
bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah
menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat
menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk
mencapai aspirasi ini, Kerajaan telah menerapkan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan
(National Blue Ocean Strategy)
atau NBOS yang diinspirasikan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kita sanjungi,
hasil adaptasikan dari
Blue Ocean Strategy
ilham Profesor W. Chan Kim dan
Profesor Renee Mauborgne. NBOS menekankan prinsip berimpak tinggi,
kos yang rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam
program-program pembangunan negara.
Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya dilaksanakan untuk
menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah
dilaksanakan oleh lebih 90 agensi sejak 2009 membolehkan kerajaan
Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah negara maju berpendapatan
tinggi dan sejahtera.
Inisiatif 1Malaysia
Customer Service of Civil Servants
(1SERVE) merupakan
transformasi yang digagaskan Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) yang diumumkan pada 24 Oktober 2014. Ianya
dilaksanakan untuk meningkatkan budaya perkhidmatan pelanggan yang
cemerlang di semua jabatan dan agensi Kerajaan.
PROGRAM WALKABOUT
1SERVE @ MAJLIS
BANDARAYA IPOH (MBI)
24 JULAI 2017
KAUNTER 1SERVE
MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)
43