Table of Contents Table of Contents
Previous Page  46 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 46 / 96 Next Page
Page Background

Di samping itu juga ia dilengkapi dengan teknologi semasa seperti

penentuan lokasi pengadu dengan menggunakan

Global Positioning

System

(GPS) dan mengambil ralat/error menerusi kamera di telefon

pengguna. Kemudahan dan maklumat ini amat berguna bagi JPA dalam

menyelesaikan sebarang permasalahan yang diutarakan agar ia cepat

diatasi.

Saya sangat gembira atas usaha yang dilaksanakan secara dalaman

(in-house)

bagi pembangunan aplikasi

mobile

myHRMIS

Care

ini. Syabas

diucapkan, dengan menggunakan kepakaran dalaman pembangunan

aplikasi ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai

Kerajaan malah ia dapat menjimatkan kos Kerajaan.

Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat dan harapan saya agar tuan/puan

dapat menggunakan aplikasi

mobile

myHRMIS

Care

ini dengan lebih

efisien dalam memperkasakan lagi penggunaan HRMIS di sektor awam.

Bertepatan dengan tema, Pembangunan Sumber Manusia Ke Arah

Kerajaan Digital, Program HUGS pada kali ini dijangka dapat memberi

gambaran dan mencetuskan idea kepada penjawat awam dalam

melaksanakan pengurusan sumber manusia yang lebih cekap dan

optimum. Di samping itu, agensi turut dapat membuat persediaan dalam

menghadapi transformasi pengurusan sumber manusia yang sedang dan

bakal berlaku pada masa akan datang selain daripada bertukar-tukar

pendapat dan strategi dalam pelaksanaan HRMIS di agensi

masing-masing.

Program HUGS yang telah diperkenalkan semenjak pada tahun 2013 ini

telah diteruskan dengan pelbagai suntikan inovasi dan penambahbaikan.

Pelbagai maklumat baru akan didedahkan melalui kertas-kertas yang akan

dibentangkan oleh pembentang-pembentang yang telah dipilih

berdasarkan kepakaran masing-masing.

Pada peringkat awal, Program HUGS ini difokuskan pada Kementerian,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi yang dikenakan KPI HRMIS.

Namun kini ia telah diperluaskan kepada agensi-agensi Badan-badan

Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa

Tempatan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang peserta. Usaha ini

41