Table of Contents Table of Contents
Previous Page  47 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 47 / 96 Next Page
Page Background

42

menegaskan satu refleksi kepada hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk

melaksanakan HRMIS agar sentiasa dengan hasrat kerajaan ke arah

Kerajaan Digital.

Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan HRMIS bukan ditujukan kepada

organisasi tertentu, peringkat tertentu mahupun kumpulan jawatan

tertentu, sebaliknya HRMIS dibangunkan untuk manfaat dan kegunaan

semua penjawat awam di seluruh Malaysia.

Adalah menjadi harapan saya agar HRMIS yang kita miliki bersama ini

dapat membantu kita ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi

dan seterusnya mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050 – TN50. Kita

tahu kita boleh melakukannya dan terdapat banyak sumber maklumat

dalam HRMIS yang dapat kita manfaatkan bersama. Penentu kejayaannya

adalah usaha dan kesungguhan kita untuk bertindak.

Saya menyeru agar semua peserta memanfaatkan peluang ini sepenuhnya

serta memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang program ini

berlangsung. Ini kerana HRMIS bukanlah produk JPA semata-mata,

sebaliknya ia adalah produk Kerajaan Malaysia, hasil usaha dan milik kita

semua.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan

dan terima kasih atas komitmen dan dedikasi para pembentang. Harapan

saya agar program ini berlangsung seperti mana yang dihasratkan. Semoga

program HUGS ini berjaya menjadi medan pertemuan yang terbaik buat

JPA dan semua Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbir HRMIS di setiap

Kementerian dan agensi.