

persaingan pengurusan maklumat ini di mana sebagai Pangkalan Data
Nasional Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam, ia merupakan
pangkalan data penjawat awam yang terbesar. Ini merupakan satu bentuk
komoditi maklumat yang sangat berharga kepada perkhidmatan awam.
Justeru, HRMIS sentiasa menjadi agenda utama bagi JPA dalam usaha
menjadikannya sebagai sumber rujukan utama maklumat sumber manusia
sektor awam.
Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua agar mengambil perhatian
serius berhubung perkara ini kerana setiap keputusan yang dibuat perlu
bersandarkan data yang tepat sejajar dengan prinsip data
driven decision
making.
Hanya dengan kesedaran yang tinggi dan kesediaan di kalangan
setiap penjawat awam untuk menggunakan HRMIS dengan penuh integriti
akan membuahkan kejayaan dalam menjadikan HRMIS sebagai sumber
rujukan tunggal sektor awam.
Sehubungan dengan itu, setiap Kementerian dan agensi bersama-sama
JPA perlu memberi penekanan kepada program-program pengurusan
perubahan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran, meningkatkan
keinginan dan seterusnya menghasilkan tindakan di kalangan penjawat
awam untuk menjadikan HRMIS sebahagian daripada budaya kerja harian.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Pelaksanaan HRMIS juga perlu
diadakan secara teratur di peringkat Kementerian dan agensi bagi
memastikan HRMIS dilaksanakan pada tahap yang terbaik di organisasi
masing-masing.
Sejak pelancaran HRMIS 2.0 pada 2015 yang lalu, pelbagai
penambahbaikan berterusan telah dilaksanakan bagi memastikan HRMIS
lebih mesra dengan penjawat awam. Selain daripada penambahbaikan dari
sudut
web based
, 4 aplikasi mudah alih
(mobile)
telah berjaya dibangunkan
menggunakan kepakaran dalaman di JPA sepenuhnya iaitu myHRMIS Cuti,
myHRMIS Profil myHRMIS eGL dan myHRMIS
Self Check.
Sempena program HUGS hari ini, Alhamdulilah satu lagi produk baharu
HRMIS iaitu myHRMIS
Care
akan dilancarkan. Aplikasi mobile ini
merupakan satu inisiatif JPA dalam membantu dan memudahkan semua
penjawat awam dalam mengutarakan sebarang masalah, cadangan
berkaitan dengan penggunaan HRMIS.
40