

saluran biasa seperti e-mel hinggalah kepada pelbagai saluran media
baharu seperti
Facebook, Flickr, Twitter.
Justeru itu, adalah penting bagi penjawat awam terutama
pentadbir-pentadbir maklumat menjaga maklumat-maklumat penting
seperti maklumat yang terdapat dalam HRMIS dari tersebar luas kepada
pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Penjawat awam perlu mempraktikkan amalan kesetiaan dan kebersatuan
dengan mendukung kerajaan bagi membolehkan setiap perancangan
pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Berjaya serta memastikan
usaha kerajaan memajukan negara ini tidak terbantut.
Prinsip kesetiaan penting dan kerana penjawat awam sudah mengangkat
sumpah berbuat demikian Maka dengan itu, wajib bagi kita (penjawat
awam) mendukung dan setia kepada kerajaan selain mempunyai semangat
kebersatuan sesama kita, dalam erti kata lain berada dalam sebuah
keluarga menuju ke arah satu matlamat. "Budaya melaga-lagakan sesama”
kita perlu dielak dan dihapuskan.
Kita hari ini sedang berada pada era pasca-kebenaran, Dalam era ini
kehadiran berita palsu dalam pelbagai platform media sosial sudah
menjadi lumrah. Apa yang menyedihkan ada di kalangan penjawat awam
menerima secara bulat-bulat apa yang disogokkan kepada mereka. Mereka
tidak dapat membezakan antara intan dan kaca. Kerajaan amat
memandang serius kewujudan secara berleluasa berita palsu ketika ini
kerana ia mengancam keselamatan negara dari pelbagai sudut dan perlu
dibendung penularannya.
Justeru itu, adalah diharapkan penjawat awam tidak terpengaruh serta
dapat membezakan antara maklumat benar atau maklumat palsu. Pada
masa yang sama, penjawat awam diharap dapat membantu kerajaan
menepis penularan berita palsu yang semakin berleluasa dengan tidak
memanjangkan berita-berita yang kurang sahih berleluasa.
Perubahan persekitaran ICT yang semakin laju khususnya ledakan dari
globalisasi telah membawa bersama pergandaan yang ketara di dalam
maklumat. HRMIS tidak terkecuali daripada mendapat tempias kerancakan
39