

corak, trend, korelasi dan sebagainya. Konsep
Big Data
ini harus digunakan
bagi tujuan menghasilkan keputusan yang cepat dan tepat. Selain
daripada itu, istilah
Open Data
harus dipraktikkan sebagai salah satu
langkah penjimatan kos dalam Kerajaan.
Perkongsian data-data oleh sesebuah agensi bukan sahaja akan dapat
membantu agensi yang lain dari segi kos dan masa, malah dapat
meningkatkan transparensi dan ketelusan Kerajaan. Dengan adanya
tren-tren sebegini, Dasar Sumber Manusia Sektor Awam berasaskan ICT
akan dapat diwujudkan.
HRMIS telah mula dibangunkan dari tahun 1999 sebagai salah satu
daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik. Ini bagi
membolehkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
perkhidmatan awam Iebih terencana dan berkesan. Pada masa tersebut,
hasrat Kerajaan adalah bagi mengautomasikan proses kerja Pengurusan
Sumber Manusia sedia ada.
Selaras dengan peredaran masa, HRMIS kini sedang bergerak ke arah
menyokong hasrat Kerajaan Digital yang memfokuskan kepada
transformasi perkhidmatan dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan
kepada rakyat. Semua agensi kerajaan saya pasti amat menyokong
pelaksanaan Kerajaan Digital ini yang mampu menyumbang kepada
peningkatan pendapatan ekonomi digital negara.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi memainkan peranan penting dalam
memperkasa dan mengubah kehidupan masyarakat menjayakan
Transformasi Perkhidmatan Awam. ICT bertindak sebagai pemboleh upaya
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi semenjak sedekad yang lalu. Ia
juga telah memberikan penggandaan besar kepada ekonomi negara
kerana berpotensi menjadikan rantaian bekalan lebih efisien, mewujudkan
lebih banyak rangkaian kolaborasi, transaksi kewangan yang lebih pantas,
dan proses yang lebih telus.
ICT juga telah memudahkan urusan mengakses maklumat dengan tepat
dan cekap, menembus pasaran merentas sempadan kedudukan geografi
dan zon masa. Di samping itu, ia juga boleh mengubah kebolehcapaian
maklumat Kerajaan oleh rakyat, bermula dengan hanya berinteraksi melalui
38