

P
ertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
atas limpah dan kurnia-Nya kerana pada hari ini, kita dapat bersama-sama
bersempena majlis perasmian Program HRMIS
User Group Summit
2017
atau singkatannya, HUGS.
Bab 9, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016 - 2020 telah
menggariskan lima (5) bidang fokus bagi Mentransformasikan
Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti. Usaha-usaha yang akan dijalankan
oleh Kerajaan akan lebih menumpukan kepada peningkatan produktiviti
dan kecekapan perkhidmatan awam.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Kerajaan akan mengenal pasti cabaran
semasa dan menggariskan strategi-strategi untuk meningkatkan
penyampaian perkhidmatan awam dengan menambah baik proses
penyampaian, memanfaatkan data, memperluas jangkauan perkhidmatan
serta meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan.
Trend-trend masa kini seperti Pengkomputeran Awan
(Cloud Computing),
Internet of Things (IOT)
,
Intelligent Apps, Artificial Intelligence
dan
sebagainya harus dilihat dan digunakan dengan sebaik mungkin bagi
memantapkan lagi sistem pengurusan pada masa kini. Perubahan
teknologi seperti ini telah membawa kepada sistem pentadbiran Kerajaan
yang baharu dalam mewujudkan Kerajaan
Digital
. Sistem penyampaian
Kerajaan akan menjadi lebih mudah, pantas dan berkesan sekiranya semua
urusan rakyat dapat dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja.
Saya percaya, kita sering mendengar istilah
Big Data Analytics
iaitu satu
proses menganalisis kumpulan data yang besar untuk menentukan sesuatu
PERASMIAN PROGRAM HRMIS
USER GROUP SUMMIT
(HUGS) 2017
8 MEI 2017
DEWAN SRI SIANTAN
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA
37