Table of Contents Table of Contents
Previous Page  41 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 41 / 96 Next Page
Page Background

36

memelihara keselamatan negara. Patuhi ikrar perkhidmatan dengan

sepenuh integriti dan jangan biarkan kegiatan negatif ini berlaku sehingga

menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam. Elakkan dari

mengamalkan sikap tamak haloba yang akan menjadikan hilangnya

pertimbangan diri dan natijahnya akan terpalit dengan salah guna kuasa

dan rasuah.

Seperkara lagi, faktor utama yang tidak boleh diabaikan ialah aspek tadbir

urus. Ini penting kerana tanpa amalan tadbir urus yang baik rakyat tidak

akan mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan. Pembaziran

perlu dielakkan kerana ia menunjukkan ketidakcekapan kita menguruskan

sumber. Jika tadbir urus terbaik tidak dipraktikkan, peranan kita sebagai

penjawat awam untuk menjaga kesejahteraan rakyat tidak akan tercapai.

Menjadi harapan kita agar setiap penjawat awam dapat menjaga disiplin

diri serta imej dan nama baik Jabatan dari sebarang isu dan tanggapan

negatif rakyat lebih-lebih lagi dalam mengharungi zaman yang semakin

moden dan mencabar ini.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dalam

mempertingkatkan produktiviti, memberi perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat serta mengukuhkan imej sektor awam. Semoga kerja kita

akan mendapat keberkatan Ilahi dan memberikan kesejahteraan kepada

keluarga, bangsa dan negara. Saya juga berharap Sambutan Hari Pekerja

CUEPACS 2017 pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan penuh

permuafakatan demi memartabatkan Perkhidmatan Awam secara

keseluruhan.