Table of Contents Table of Contents
Previous Page  40 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 96 Next Page
Page Background

“The Malaysian economy continues to perform well, despite significant

headwinds, and has made significant progress towards achieving

high-income status.”

Manakala BAV

Consulting

dan

Wharton School

di Universiti Pennsylvania

telah mengeluarkan laporan mereka iaitu 2017

Best Countries Report

yang

menyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang terbaik di

dunia untuk melabur.

Sesungguhnya kejayaan negara ini adalah hasil sumbangan tuan-tuan dan

puan-puan selaku anggota perkhidmatan awam.

Sebagai sebuah negara yang menjulang prinsip demokrasi, sudah

semestinya kita sebagai rakyat di dalam negara ini berhak memilih dan

menyuara pendapat masing-masing. Namun usahlah kita ketepikan

tunjang kepada kemakmuran dan kestabilan yang kita nikmati sehingga

hari ini iaitu Kesetiaan kepada Raja, Negara dan Pemimpin.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang dilantik melalui sistem

pemerintahan Raja Berperlembagaan adalah pancaran kepada

Pemeribadian atau Jatidiri Negara

(Personafication of The Nation)

, yakni

manifestasi kepada “Adicita” atau ideologi Rukun Negara yang menjadi

asas kepada sebuah negara bangsa, makmur dan merdeka. Justeru itu,

penjawat awam harus menyokong dan bersatu di bawah naungan Duli

Yang Maha Mulia Tuanku.

Dalam konteks politik, Kerajaan yang memerintah atau

government of the

day

yang diberi mandat oleh rakyat inilah yang mendasari etika

profesionalisme

kita sebagai penjawat awam. Dengan demikian, sebagai

penjawat awam, kita hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej

perkhidmatan.

Dewasa ini, kita telah dikejutkan dengan insiden negatif seperti

pembocoran maklumat rasmi yang belum disahkan oleh pihak berwajib

hingga menjadi

“viral”

dalam media sosial. Ketirisan maklumat

terperingkat dan penyebaran berita-berita palsu boleh mengancam

ketenteraman dan keselamatan negara. Justeru, tuan-tuan dan puan-puan

berkewajiban untuk menjaga kerahsiaan maklumat penting dan

35