Table of Contents Table of Contents
Previous Page  39 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 39 / 96 Next Page
Page Background

ekonomi dan daya saing yang sangat memberangsangkan meskipun

berhadapan persekitaran luar yang mencabar termasuk pertumbuhan lebih

perlahan dalam kalangan ekonomi maju; harga minyak berterusan rendah

dan ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa.

Perkembangan ekonomi Malaysia dibuktikan melalui kadar pertumbuhan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 dicatatkan pada

kadar 4.2% dengan nilai RM1,299.4 bilion pada harga semasa berbanding

dengan RM1,157.1 billion pada tahun 2015 dan pengurangan defisit fiskal

Kerajaan daripada 6.7 peratus (pada 2009) kepada 3.1 peratus pada tahun

2016. Kita menjangkakan KDNK bagi tahun 2017 akan berkembang pada

kadar 4.3% hingga 4.8% dan terus meningkat pada tahun-tahun

seterusnya. Angka-angka ini menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang

pada lebih daripada dua kali ganda kadar yang

diramalkan International

Monetary Fund

(IMF) untuk negara maju dalam tempoh masa yang sama.

Perancangan yang dibuat oleh pucuk pimpinan negara nyata telah

membuahkan hasil bilamana negara-negara luar memandang Malaysia

sebagai negara yang sesuai untuk mereka menjalankan perniagaan.

Sebagai contoh, pada tahun 2015 kita telah menarik lebih 36 bilion ringgit

dalam pelaburan asing manakala bagi tahun 2016, ia telah meningkat

kepada 59 bilion ringgit.

Terbaharu, melalui lawatan bersejarah Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud,

Raja Arab Saudi, yakni Penjaga Dua Masjid Suci, syarikat Saudi Aramco,

yang dimiliki oleh Kerajaan Arab Saudi, telah melabur sejumlah 31 bilion

ringgit, di dalam projek RAPID PETRONAS, yang merekodkan antara

pelaburan terbesar pernah dibuat oleh mana-mana syarikat di Malaysia.

Sudah pasti pelaburan-pelaburan ini akan menarik minat negara-negara

lain untuk melabur di Malaysia sebagaimana yang dibuat oleh Negara

China dan India.

Jika kita teliti penilaian yang dibuat oleh tiga agensi penarafan kredit

gergasi dunia iaitu

Standard & Poor

(S & P),

Moody

, dan Kumpulan

Fitch

telah mengesahkan Malaysia sebagai berada dalam kategori 'A' dari segi

kedudukan kredit. Hakikat ini juga disokong oleh

International Monetary

Fund

(IMF), salah satu institusi kewangan yang paling dihormati di dunia

yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat dalam penilaian

mereka yang menyatakan:

34