

Perkhidmatan sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri,
kita perlu terus melahirkan modal insan dan bakat terbaik yang berkualiti,
berkebolehan tinggi, tangkas serta memenuhi ekspektasi pelanggan dan
stakeholders, bersiap siaga bagi menghadapi dan menangani cabaran
dalaman negara mahupun di peringkat global.
YAB Perdana Menteri telah berulang kali mengingatkan penjawat awam
supaya mengikis pemikiran atau
mindset
bekerja secara berasingan atau
silo mentality.
Dalam setiap tugasan, program dan aktiviti yang kita
laksanakan, tanamkanlah sifat muafakat dan semangat berpasukan serta
runtuhkanlah tembok
silo
di kalangan penjawat awam demi merealisasikan
penyampaian perkhidmatan yang mensejahterakan rakyat. Kuat akar
kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Begitulah hendaknya kita semua.
Maka pasti dengan jumlah anggota perkhidmatan awam seramai 1,590,022
atau 1.6 juta kita boleh memacukan pembangunan negara kita Malaysia
yang dicintai ini.
Oleh yang demikian, janganlah ada sesiapa lagi yang mempersoalkan
jumlah anggota perkhidmatan awam. Jika ianya masih lagi berbangkit,
maka sudah pasti mereka itu masih dangkal akan pengertian definisi
digunakan negara kita Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara
lain seperti UK, USA, Canada, Australia, yang tidak mengambil kira POLIS,
TENTERA, PERKHIDMATAN KESIHATAN, PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
dan KERAJAAN TEMPATAN.
Sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mulai Januari 2017, saya
berhasrat untuk mewujudkan satu mekanisme perundingan di antara
pekerja dan kerajaan yang lebih menyeluruh, interaktif dan inklusif.
Mekanisme ini akan saya namakan sebagai Majlis Permuafakatan
Perkhidmatan Awam yang akan meliputi penjawat awam daripada pelbagai
peringkat gred dan skim perkhidmatan. Insya Allah, Majlis ini akan
memberikan input yang lebih dinamik kepada kerajaan dalam menetapkan
dasar-dasar berkaitan perkhidmatan awam.
Manakala MBK akan terus diperkasa. Pada masa yang sama, JPA akan
mengamalkan konsep “TERBUKA”, mudah dan mesra dalam
menyampaikan apa jua perkhidmatan yang diperlukan.
Alhamdulillah, negara kita Malaysia kekal menunjukkan peningkatan
33