

Di awalnya Malaya sebagai sebuah negara pertanian berpendapatan
rendah dan hari ini nama Malaysia adalah sebuah negara perindustrian
yang sedang memacu ke arah berpendapatan tinggi. Sudah pasti Penjawat
Awam memainkan peranan dalam usaha kita menelusuri wawasan nasional
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan
tinggi. Semestinya pihak pekerja dan kerajaan mempunyai peranan yang
sangat penting untuk terus membangunkan sebuah negara yang maju dan
terulung di persada global.
Sememangnya menjadi penjawat awam dewasa ini tidaklah semudah yang
disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang tersandang di bahu
tuan-tuan dan puan-puan selaku penjawat awam menuntut komitmen yang
tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global serta kehendak
pelanggan dan pemegang taruh yang semakin mendesak. Untuk itu, kita
sebagai penjawat awam perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan nilai
intelektual, mempelbagaikan kemahiran, menerima perubahan serta
memiliki ciri inovatif sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah
Hadis Riwayat Muslim yang membawa maksud:
‘Barang siapa melakukan hal baharu yang baik, maka ia mendapat
pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjakan hal
baharu yang baik itu’.
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V
menegaskan di dalam Titah Ucapan Sempena Istiadat Pertabalan Yang
Di-Pertuan Agong ke-XV pada 24 April baru-baru ini bahawa hanya dengan
modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan
daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan
sumber yang dimiliki.
Kesungguhan dan iltizam untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri dalam
menyumbang khidmat bakti akan meningkatkan momentum produktiviti ke
arah mencapai visi negara maju berpendapatan tinggi dan agenda
transformasi nasional yang holistik. Dalam konteks ini, pembudayaan
organisasi berasaskan prestasi dan kecemerlangan merupakan nadi utama
bagi memastikan penjawat awam fokus kepada penyampaian
perkhidmatan dan menjamin Perkhidmatan Awam sentiasa relevan.
Dalam usaha mencapai falsafah dan makna sebenar Tahun Penyampaian
32