Table of Contents Table of Contents
Previous Page  36 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 36 / 96 Next Page
Page Background

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2017

1 MEI 2017

AUDITORIUM JAKIM, KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

P

ertamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan kurnia-Nya kerana pada hari ini, kita

dapat bersama-sama dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2017

dengan Tema:

Hakikatnya Sambutan yang diadakan pada hari ini menggambarkan

kesatuan hati yang sekian lama terbina atas dasar kerjasama yang erat di

antara pekerja dan majikan. Saya ingin memberi pujian dan mengucapkan

tahniah kepada CUEPACS dan semua Kesatuan Gabungan CUEPACS atas

kesungguhan, keikhlasan anda semua yang telah mencorakkan hubungan

majikan dan pekerja yang harmoni. Keharmonian ini sudah pasti akan

menzahirkan ikatan yang utuh, sukar diganggu gugat oleh mana-mana

pihak berkepentingan yang ingin merobohkan kesejahteraan hubungan

antara kita penjawat awam dengan kerajaan.

Anggota perkhidmatan Awam merupakan

Tiang Sri Keramat

Kerajaan.

Sebaik mana pun dasar-dasar yang digubal kerajaan, betapa bermanfaat

pun dasar-dasar yang digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya

tidak berkesan atau tidak cekap. Peranan para Penjawat sebagai

penggubal dan pelaksana dasar amatlah penting. Sejarah membuktikan

betapa pentingnya peranan para penjawat awam dalam setiap era sejarah

negara. Ketika era awal kemerdekaan di mana kita masih bertatih

mencari-cari formula terbaik untuk membangunkan negara, ketika era

darurat, era konfrontasi, era insurgensi, era Dasar Ekonomi Baru, era

perindustrian, era teknologi maklumat, semasa krisis kewangan serta

kemelesetan ekonomi, pendek kata dalam semua fasa sejarah negara

kesemuanya mempunyai kesan sumbangan jasa dan khidmat bakti para

penjawat awam.

31

“Pekerja Cemerlang,

Rakyat Sejahtera”