Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  17 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

16

erdasarkan keperluan masa kini, lima (5)

teras strategik telah dibangunkan, setiap

satunya memfokuskan kepada aspek-

aspek yang telah dikenal pasti sebagai elemen

penting dalam konteks perkhidmatan awam.

Teras strategik merupakan asas kepada

perancangan

pelaksanaan

transformasi

perkhidmatan awam yang diterjemahkan

berdasarkan visi dan hala tuju organisasi. Ia

berperanan untuk mengemudi pelan transformasi

bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Teras

strategik yang pertama, iaitu mendaya upaya,

memberi tumpuan kepada meningkatkan

keupayaan modal insan. Merekayasa, iaitu teras

strategik kedua, memberi penekanan terhadap

organisasi awam, manakala teras strategik ketiga

iaitu merakyatkan ialah berkenaan dengan

kecekapan dan keberkesanan penyampaian

perkhidmatan. Teras strategik keempat ialah

keterangkuman, yang merujuk kepada jaringan

kerja dan kolaborasi pelbagai dimensi. Teras

strategik terakhir ialah nilai bersama, yang

memfokuskan kepada pembudayaan patriotisme

serta penerapan nilai-nilai murni dan integriti.

Kelima-lima teras ini hendaklah dijadikan

panduan dalam pelaksanaan transformasi

perkhidmatan awam di setiap agensi. Setiap

agensi perlu menitikberatkan keberkesanan

penyampaian perkhidmatan awam (Teras 3)

yang wajar disokong oleh sumber manusia yang

kompeten (Teras 1) dan organisasi yang mantap

(Teras 2). Dalam memastikan penyampaian

perkhidmatan yang terbaik, setiap agensi yang

bertanggungjawab

hendaklah

melibatkan

pelbagai pihak untuk mendapat maklum balas

dan kerjasama (Teras 4) di samping menerapkan

nilai sepunya dalam melaksanakan transformasi

untuk menjamin perkhidmatan yang berkualiti

dan penjawat awam yang berintegriti (Teras 5).

Setiap satu daripada teras-teras tersebut

berkait antara satu sama lain. Walaupun setiap

teras merujuk kepada dimensi berlainan tetapi

kesemuanya adalah saling berkaitan bagi

mencapai matlamat organisasi. Teras strategik

adalah

sebahagian

daripada

kerangka

transformasi agensi. Kelima-lima teras KTPA

menyokong usaha bagi merealisasikan usaha

transformasi agensi.

B

Langkah 2 - MEMAHAMI TERAS STRATEGIK