

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
14
Bagi menghadapi cabaran yang dikenal
pasti
dan
menangani
isu-isu
semasa
pembangunan sumber manusia, strategi KTPA
ialah untuk membangun dan mengekalkan bakat;
mengukuhkan
organisasi;
memantapkan
penyampaian Perkhidmatan Awam supaya lebih
berpaksikan
rakyat
(
citizen-centric)
;
memperhebatkan keterlibatan, permuafakatan
dan keterangkuman; serta membudayakan
patriotisme dan integriti.
Pembangunan KTPA merupakan titik
permulaan kepada proses transformasi JPA. Ia
mula dibangunkan dalam satu sesi percambahan
minda yang telah diadakan pada 17-19 Mei 2013
di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA),
Sungai Petani, Kedah. Kerangka kerja ini telah
dibangun menggunakan kepakaran dalaman JPA
hasil daripada sesi-sesi konsultatif dengan
pelbagai pihak serta kajian perbandingan dan
penandaarasan dengan beberapa amalan terbaik
dari negara-negara lain. Pendekatan ini amat
bermakna dan penting bagi membolehkan JPA
menggubal satu kerangka kerja mengikut acuan
sendiri tanpa melibatkan kos tambahan.
Kesediaan penjawat awam untuk berubah
sangat bergantung kepada komunikasi dan
penyebaran maklumat yang berkesan. Adalah
penting untuk mendapatkan keyakinan mereka
bagi
bekerjasama
dalam
menjayakan
transformasi organisasi di mana mereka
bertugas. Dalam usaha mengukuhkan rasa
sepunya
(ownership)
, semangat kekitaan
(esprit
de corps)
dan memecahkan tembok silo, inisiatif
buy-in
warga JPA termasuk Program
Change
Management
dilaksanakan melalui pelbagai
aktiviti yang melibatkan seluruh warga JPA.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja melibatkan
pejabat JPA di Putrajaya dan Cyberjaya, tetapi
juga di kampus-kampus wilayah INTAN
(INTURA, IKWAS, INTENGAH, INTIM, INSARA
dan INTAN Sabah).
Jawatankuasa
Petugas
Pengurus
Perubahan dan Penggerak Transformasi JPA
telah ditubuhkan bertujuan untuk mengurus dan
melaksanakan program turun padang untuk
memberi taklimat kepada warga JPA di semua
peringkat dan lapisan. Cara ini akan memastikan
setiap warga JPA dapat memahami dan
menghayati konsep serta prinsip yang
terkandung dalam KTPA. Pelbagai aktiviti seperti
minggu ekspresi, galeri transformasi dan aktiviti-
aktiviti lain berkaitan transformasi juga
dijalankan.
Di samping itu, proses transformasi JPA
juga telah diuar-uarkan kepada pihak Kesatuan
Sekerja (CUEPACS) dan Mesyuarat Bersama
Kebangsaan serta disebar luas melalui media
sosial. Konsultasi dan keterlibatan ini telah
menyumbang
kepada
pemahaman
dan
penghayatan warga JPA dan pelbagai pihak
terhadap intipati, semangat serta tujuan
transformasi ini dilaksanakan.
KTPA harus dijadikan panduan kepada
setiap organisasi awam dalam melaksanakan
transformasi perkhidmatan awam. Ia perlu
dijajarkan kepada visi, misi, nilai dan strategi
korporat
organisasi
masing-masing.
Berdasarkan hala tuju organisasi yang jelas,
kerangka kerja ini menyediakan asas kepada
usaha transformasi perkhidmatan awam. KTPA
merupakan asas kepada keseluruhan inisiatif
transformasi.