Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  14 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

13

Prinsip Panduan Transformasi Mengikut Keperluan Setiap Agensi

Pelaksanaan transformasi perkhidmatan

awam perlu menyokong visi nasional iaitu

Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan

tinggi, inklusif dan lestari. Berpayungkan falsafah

1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”, Malaysia perlu terus bergerak ke

hadapan sejajar dengan hasrat Dasar

Transformasi Negara bagi menuju ke arah status

sebuah negara maju berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. Dasar Transformasi

Negara yang ditunjangi prakarsa Program

Transformasi

Kerajaan

(GTP),

Program

Transformasi

Ekonomi

(ETP),

Program

Transformasi Politik (PTP) dan Program

Transformasi Sosial (STP) tidak akan dapat

membuahkan hasil seperti yang terhasrat

sekiranya perkhidmatan awam gagal berubah

mengikut keperluan semasa. Oleh itu, visi

nasional menjadi panduan utama dalam

membentuk matlamat transformasi perkhidmatan

awam iaitu perkhidmatan awam yang berprestasi

tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat.

Selaku

nakhoda

transformasi

perkhidmatan awam seperti yang diamanahkan,

JPA telah membangunkan KTPA yang boleh

dijadikan panduan kepada agensi yang lain bagi

merangka program transformasi masing-masing.

Kerangka kerja transformasi adalah berpaksikan

landasan dan semangat seperti berikut:

keutuhan tadbir urus;

ketinggian semangat patriotisme, budi

pekerti, etika korporat dan integriti;

keupayaan eko-sistem dan persekitaran

perkhidmatan awam yang harmoni dan

lestari bagi menjana pembelajaran

berterusan, memperkasa daya kepimpinan

serta merangsang kreativiti dan inovasi;

dan

kemajuan sains dan teknologi.