Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  13 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

12

abaran getir dan kritikal dalam mencorak

masa hadapan perkhidmatan awam

memerlukan penjawat awam yang

berfikiran dinamik serta berupaya

menganjak paradigma ke arah lebih kreatif dan

inovatif. Organisasi awam pula perlu lebih

dinamik, mempunyai struktur yang optimum dan

terbuka dan kesemuanya perlu digabungkan dan

didukung

oleh

sistem

penyampaian

perkhidmatan awam yang cepat, tepat, proaktif

dan responsif.

Bagi memastikan perkhidmatan awam

kekal relevan, empat prinsip dijadikan panduan

pelaksanaan transformasi iaitu:

(i)

merangkumi

keseluruhan

sektor

awam;

(ii)

merangkumi keseluruhan agensi;

(iii)

memberikan impak signifikan; dan

(iv)

mempunyai petunjuk prestasi utama

(KPI) bagi tujuan pemantauan

pelaksanaan.

Transformasi bertujuan untuk memastikan

perkhidmatan awam dapat berperanan dengan

lebih cemerlang. Cabaran globalisasi dan

liberalisasi turut mempengaruhi prestasi daya

saing negara dan perkara ini menyebabkan

setiap agensi perlu melihat semula peranan,

strategi, program dan aktiviti sedia ada secara

berterusan. Kesemua usaha transformasi yang

dijalankan

hendaklah

menuju

kepada

perkhidmatan awam yang siap siaga bagi

mendepani cabaran semasa dan masa hadapan

serta merealisasikan matlamat transformasi

perkhidmatan awam.

C

Langkah 1 - MENGHAYATI KERANGKA TRANSFORMASI

PERKHIDMATAN AWAM