Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  21 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

20

Teras Strategik 4 mengangkat kepentingan memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik bagi

memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan sejajar

dengan prinsip “

Rakyat Didahulukan

,

Pencapaian Diutamakan”

. Kepesatan teknologi, persaingan

global yang sengit dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat memerlukan penglibatan

pelbagai pihak dalam pembuatan dasar. Keterangkuman juga harus menumpukan kepada usaha

meningkatkan komunikasi dan perhubungan strategik di pelbagai peringkat tempatan dan

antarabangsa yang melibatkan semua sektor (awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan).

Keputusan bersama (

informed decision

) dan rasa sepunya berdasarkan kepelbagaian perspektif

memupuk perkongsian matlamat bagi memastikan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara

maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

TERAS 4 – Merangkum dan Sepunya

Memberi penekanan kepada usaha melebarluaskan jaringan kerja dan kolaborasi strategik dalam

dan luar negara bagi mendapat pandangan dan maklum balas yang lebih inklusif dan terangkum.