Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  22 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

21

Teras Strategik 5 meletakkan keutamaan membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan

integriti bagi melahirkan penjawat awam yang cintakan negara, berbudi pekerti dan beretika tinggi.

Penjawat awam yang menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti merupakan peneraju ke arah

sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Pembudayaan nilai bakal memacu

perkhidmatan awam menjadi yang terbaik dengan daya tahan yang tinggi bagi menempuhi cabaran

masa hadapan. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi memupuk semangat patriotisme dan nilai-nilai

murni dalam diri segenap lapisan penjawat awam. Usaha ini juga wajar melibatkan masyarakat

setempat bagi menanam sikap cintakan tanah air, beretika dan berintegriti.

TERAS 5 – Membudaya Nilai

Mengutamakan pembudayaan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti bagi melahirkan

penjawat awam yang cintakan negara, berbudi pekerti dan beretika tinggi.