

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
11
enyediaan
Pelan
Transformasi
Perkhidmatan Awam merupakan satu
proses yang terdiri daripada empat
langkah utama. Langkah pertama dan yang
paling penting ialah menghayati kerangka kerja
transformasi perkhidmatan awam. Kerangka ini
akan menjadi asas kepada keseluruhan
pelaksanaan transformasi agensi.
Langkah kedua ialah memahami teras
strategik, iaitu fokus utama bagi pelaksanaan
transformasi. Teras strategik merupakan
pendekatan utama yang diambil oleh agensi
dalam memberi panduan kepada pelaksanaan
tindakan bagi mencapai matlamat transformasi
perkhidmatan awam.
Mengenal pasti langkah strategik ialah
langkah ketiga. Di peringkat ini, agensi perlu
memberi penekanan kepada keperluan dan
kehendak
pelanggan
dan
pihak
yang
berkepentingan (
stakeholders)
.
Langkah
keempat
merupakan
pelaksanaan
quick wins
bagi mengekalkan
momentum transformasi dan memantapkan
keterlibatan semua warga organisasi dalam arus
perubahan ini. Sebahagian daripada inisiatif
projek yang telah dikenal pasti di bawah langkah
strategik akan dijadikan
quick wins
untuk
mencapai keberhasilan dalam masa terdekat.
Empat Langkah Utama Penyediaan Pelan Transformasi
P
PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI SEBAGAI SATU PROSES