

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
18
Teras Strategik 2 menekankan peningkatan keupayaan menerusi suntikan nafas baharu kepada
organisasi. Struktur organisasi perlu diteliti memandangkan ia mempengaruhi amalan kerja dan
kebolehan sesuatu organisasi untuk melakukan yang terbaik bagi tempoh jangka masa panjang.
Sehubungan itu, penambahbaikan struktur organisasi supaya menjadi satu organisasi yang dinamik,
kejat, terbuka, tangkas dan berkeupayaan tinggi merupakan elemen kritikal bagi memastikan
perkhidmatan awam akan dapat terus berdaya saing, menjana nilai dan sentiasa relevan. Pengecilan
saiz dan penjimatan kos penting bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan
produktiviti. Usaha ini perlu dipergiatkan dengan mengoptimumkan sumber sedia ada sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
TERAS 2 - Merekayasa Organisasi
Menumpukan kepada peningkatan keupayaan dan penambahbaikan struktur organisasi melalui
proses perekayasaan agar lebih dinamik, tangkas dan fleksibel serta berupaya berubah supaya
dapat menyesuaikan diri untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut kehendak
dan keperluan semasa.