

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
19
Teras Strategik 3 bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
awam. Bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif,
perkhidmatan awam perlu melaksanakan kaedah kerja baharu yang lebih fleksibel, berfokuskan
keberhasilan (
outcome
), memudah cara (
facilitate)
dan melaksanakan penyampaian perkhidmatan
secara lebih kreatif dan berinovatif. Perubahan ini penting memandangkan kehendak pelanggan
pada masa sekarang adalah lebih terarah kepada keberhasilan dan mementingkan kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan kini lebih terdidik dan mereka mengkehendaki
perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan (
customer oriented
). Bagi memahami denyut nadi rakyat,
penilaian impak perlu dijalankan bagi meneliti jurang penyampaian perkhidmatan. Sekiranya sasaran
penyampaian perkhidmatan telah berjaya dicapai, usaha penambahbaikan harus dibuat bagi
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Penelitian berterusan terhadap perkhidmatan
sedia ada dan penawaran perkhidmatan baharu wajar dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan
awam sentiasa cekap, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif.
TERAS 3 – Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan
Menitikberatkan pemantapan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam
yang berasaskan pelanggan dan rakyat (
citizen-centric
) agar cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan
responsif.