Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  18 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

17

Teras 1 berkait rapat dengan JPA memandangkan ia melibatkan pengurusan sumber manusia (PSM).

Pendekatan bagi Teras 1 ialah membangunkan kitaran proses PSM yang dirancang bagi mengubah

sikap dan memperkayakan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi penjawat awam dapat

dipertingkatkan. Proses kitaran ini mengambil kira 3 fasa utama penjawat awam iaitu sebelum

perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan selepas perkhidmatan. Ia bermula dengan penarikan bakat

dan diikuti dengan pengurusan prestasi, kerjaya, penggantian dan kepimpinan. Pembangunan

pembelajaran dan keupayaan penjawat awam diberi tumpuan bagi membolehkan mereka

melaksanakan tugas sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa. Perancangan prestasi, insentif

dan mekanisma penilaian pula wajar mengambil kira objektif transformasi iaitu melahirkan penjawat

awam yang mampu dan berupaya menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Perkhidmatan pasca perkhidmatan juga dititikberatkan bagi memastikan kelangsungan

kesejahteraan penjawat awam.

TERAS 1 - Mendaya Upaya Bakat

Bertujuan untuk melahirkan penjawat awam dengan ketinggian ilmu pengetahuan, kompetensi,

bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan prestasi, produktiviti dan daya

inovasi.