

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
31
transformasi dan peranan yang boleh dimainkan
oleh duta transformasi. Sokongan dan
pelaksanaan program secara berterusan akan
meningkatkan komitmen dan kesediaan mereka
untuk menyemarakkan proses transformasi di
JPA khususnya dan perkhidmatan awam amnya.
Transformasi perkhidmatan awam tidak
akan dapat mencapai hasrat yang ditetapkan
sekiranya tidak mendapat sokongan penuh
daripada setiap warga organisasi. Komitmen
pihak pengurusan atasan juga memainkan
peranan yang penting bagi merealisasikan usaha
transformasi. Kerjasama semua pihak termasuk
pihak yang berkepentingan merupakan elemen
utama
kepada
kejayaan
transformasi
perkhidmatan awam.