

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
22
erdasarkan teras yang telah digubal,
langkah strategik perlu dikenal pasti bagi
memperincikan tindakan yang perlu
diambil. Setiap teras dan langkah strategik amat
berkait rapat antara satu sama lain dan sukar
dipisahkan atau disempadankan. Ini kerana
faktor penyumbang kepada kejayaan dan
kegagalan sesuatu teras atau langkah strategik
adalah berhubungkait dan mempunyai dimensi
yang pelbagai (
multidimensional).
Sebanyak 46 langkah strategik telah
dikenal pasti bagi menyokong lima teras strategik
KTPA. Sebanyak 190 inisiatif diperincikan di
bawah langkah-langkah strategik tersebut.
Inisiatif ini merupakan tindakan khusus yang
akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat
teras. Langkah-langkah strategik ini boleh
ditambah dan disesuaikan mengikut perubahan
dan kehendak semasa (
living strategic
measures
) tanpa meminda KTPA sebagai
kerangka kerja induk.
Dalam konteks organisasi awam yang
lain, langkah strategik merupakan perincian
kepada teras strategik perkhidmatan awam yang
perlu disesuaikan dengan hala tuju, visi, misi,
nilai dan strategi korporat organisasi masing-
masing. Setiap organisasi awam hendaklah
mengenal pasti langkah strategik yang
bersesuaian
bagi
mencapai
matlamat
transformasi
perkhidmatan
awam
iaitu
perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi,
berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat. Bilangan
langkah strategik ini bergantung kepada
keperluan organisasi masing-masing.
Bagi membangunkan langkah strategik,
agensi boleh mengambil langkah-langkah
berikut:
1 Kenal pasti matlamat utama agensi
dalam
konteks menyokong agenda transformasi
negara.
Setiap
agensi
mempunyai
tanggungjawab tersendiri yang spesifik, yang
biasanya dinyatakan dan didokumenkan dalam
pelan perancangan strategik organisasi.
2
Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan
di langkah 1,
langkah strategik transformasi
perlu dirangka
bersama dengan
inisiatif
transformasi
yang merangkumi
KPI dan
keberhasilan (
outcome
)
mengikut setiap teras.
Keberhasilan bagi setiap inisiatif transformasi
merupakan asas kepada pencapaian matlamat
strategik organisasi.
3 Prinsip dan landasan
merupakan asas
penting yang mendasari pelan transformasi. Ia
merupakan senarai sifat-sifat bagi modal insan,
organisasi dan budaya organisasi yang perlu ada
bagi menjamin pelaksanaan transformasi ini
berjaya.
B
Langkah 3 - MENGENAL PASTI LANGKAH STRATEGIK