Table of Contents Table of Contents
Previous Page  34 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 34 / 96 Next Page
Page Background

Saya percaya ramai di kalangan saudara-saudari mempunyai akaun

Facebook, Twitter

atau

Instagram

. Sebagai penjawat awam, kita harus bijak

dalam menggunakan media sosial. Kita perlu mempunyai

social media

literacy.

Kita harus bijak membezakan yang mana sahih dan yang mana

fitnah, tohmahan atau rekaan semata-mata.

Saya ingin menasihatkan para penjawat awam supaya tidak terlibat dalam

menyebarkan sesuatu atau memberikan komen-komen yang boleh

ditafsirkan mengikut Perintah Am

(General Orders)

sebagai mencemarkan

imej perkhidmatan awam, atau yang melanggar peruntukan

undang-undang seperti di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Nasihat saya ini

terpakai untuk pegawai yang sedang berkhidmat, atau yang sudah bersara.

Jangan pula kita termasuk dalam golongan mereka yang berkongsi

apa-apa maklumat secara semberono yang akhirnya boleh mendatangkan

pelbagai spekulasi dan fitnah kepada Kerajaan khususnya.

Janganlah kita terlalu ghairah dalam berkongsi segala jenis maklumat

terutama berkaitan dengan Rahsia Kerajaan. Ini kerana kedudukan kita

sebagai penjawat awam, lebih-lebih lagi sebagai seorang penjawat awam

akan dipercayai oleh rakyat kerana kedudukan strategik jawatan ini.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi

dengan penjawat awam yang didapati menyalah-gunakan ruang media

sosial, membocorkan rahsia Kerajaan dan juga membuat

kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan fitnah yang tidak berasas

kepada Kerajaan. Tindakan tatatertib akan diambil sewajarnya jika ada

sebarang pembuktian terhadap kesalahan-kesalahan ini.

Peliharalah integriti kita sebagai penjawat awam sebaiknya, tanpa integriti

maka sia-sialah ikrar yang telah dilaungkan, aku janji yang telah dimeterai

dan akta rahsia rasmi yang ditandatangani.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri menutup bicara, sekali lagi ingin

saya menegaskan betapa Kerajaan mempunyai harapan tinggi ke atas

saudara-saudari bagi sama-sama membantu memimpin Perkhidmatan

29