Background Image
Previous Page  33 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 33 / 130 Next Page
Page Background

graduan tajaan JPA di mana terma kontrak berkhidmat

dengan Kerajaan bagi pelajar tajaan dipindahkan ke

syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang berdaftar di

bawah program STAR. Program ini bertujuan untuk

mengekalkan bakat terbaik di kalangan graduan tajaan

untuk berkhidmat di dalam negara bagi mengelakkan

isu pengaliran keluar bakat. Prestasi program ialah

seperti Carta berikut. Program yang dilancarkan pada

tahun 2011 ini telah berjaya menarik 794 syarikat untuk

menyertai program ini dan seramai 1,672 graduan telah

dipindahkan kontrak dan kekal bekerja di syarikat yang

telah ditetapkan.

JPA-Management Apprenticeship Programme

(JPA–MAP)

yang telah dilaksanakan pada 8 Oktober

2014 merupakan inisiatif terbaharu yang diperkenalkan

bagi menyokong Program STAR. Graduan tajaan JPA

dalam pelbagai bidang bukan kritikal akan mengikuti

penempatan di syarikat di bawah program STAR setelah

mereka tamat pengajian dengan jayanya di United

Kingdom dan Amerika Syarikat. Program ini memberi

pendedahan dan latihan pembangunan selama tiga

bulan dengan fokus kepada peningkatan kemahiran

tingkah laku serta perkembangan laluan kerjaya kepada

graduan tajaan JPA dalam pelbagai bidang bukan kritikal

yang telah tamat pengajian dengan jayanya di United

Kingdom dan Amerika Syarikat melalui penempatan

di syarikat di bawah program STAR. Bagi sesi JPA-MAP

1/2014, seramai 98 graduan telah ditempatkan di 30

syarikat mengikut bidang-bidang bersesuaian.

TAPS, STAR & JPA-MAP

TAPS, STAR Gen.2 dan JPA-MAP merupakan program

yang dibangunkan untuk menarik bakat terbaik supaya

berkhidmat dalam negara selepas tamat pengajian

peringkat universiti.

Talent Acceleration in Public Service

(TAPS)

dilaksanakan dengan kerjasama Razak School of

Government (RSOG) bertujuan untuk mengenal pasti,

memupuk dan mencari bakat yang terbaik untuk

berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Peserta

terdiri daripada kalangan pemegang biasiswa JPA yang

berpotensi tinggi serta baru menamatkan pengajian.

Graduan yang terpilih didedahkan kepada suasana kerja

sebenar dalam Perkhidmatan Awam dan dikawal selia

oleh kementerian/jabatan berdasarkan penempatan

mereka. Kejayaan program ialah seperti Carta diatas.

Scholarship Talent Attraction and Retention

(STAR)

merupakan inisiatif usaha sama antara JPA

denganTalentcorpbagimenarikdanmengekalkanmodal

insan berkemahiran serta berketrampilan di kalangan

Sebanyak 86 orang daripada peserta yang tamat di bawah program TAPS bekerja dengan kerajaan.

33

TERAS STRATEGIK 1

MENDAYA UPAYA BAKAT