MEMPERIHALKAN MASA HADAPAN
(FUTURING CAPACITY)
Objektif inisiatif ini adalah untuk memperkenalkan dan
menyediakan modul latihan untuk aplikasi Perancangan
Senario dan Pemerihalan Masa Hadapan (FTSP) dalam
perancangan sektor awam. JPA telah bekerjasama
dengan United Nations Development Program
(UNDP) mulai tahun 2012. JPA telah mengemukakan
permohonan peruntukan di bawah Program Sokongan
Kepada Transformasi Perkhidmatan Awam (PSKTPA) dan
sebanyak USD300,000 telah diluluskan oleh pihak Unit
Perancang Ekonomi (EPU). SPSTP merangkumi 5 output
utama yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 2013-
2015.
Seramai 20 orang pegawai dari INTAN dan JPA telah
diberi latihan Training of Trainers (TOT) mengenai aplikasi
PSMPA dan sebahagian daripada mereka telah terlibat
dalam tiga bengkel pengenalan PSMPA yang diadakan
sepanjang tahun yang melibatkan 90 orang peserta dari
semua kementerian / jabatan.
Satu kursus Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers)
telah diadakan pada 16 – 17 Julai 2014 melibatkan 18
pegawai JPA sebagai persediaan kepada makmal
unjuran sumber manusia sektor awam. Seramai 102
pegawai telah dilatih dan sebanyak 26 unjuran keperluan
sumber manusia telah disediakanmenerusi sesi makmal
tersebut. Pegawai-pegawai tersebut berperanan sebagai
pemudahcara dalam sesi makmal berkenaan. Sebanyak
tigamakmal unjuran sumber manusia sektor awam yang
melibatkan kementerian/agensi telah diadakan seperti
berikut:
(i) sektor sosial pada 28-30 Oktober 2014
(ii) sektor pentadbiran dan keselamata pada 10-12
November 2014
(iii) sektor ekonomi pada 24-26 November 2014
Hasil daripada Output 2 yang melibatkan pembangunan
kapasiti penjawat awam dalam bidang Perancangan
Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (PSMPA) ialah
pembangunan satu modul latihan dan dijadikan sebagai
salah satu kursus yang akan ditawarkan oleh pihak
INTANmulai tahun 2015.
HR INTELLIGENCE
HR
Intelligence
bertujuan membangunkan unjuran
keperluan sumber manusia bagi Perkhidmatan Awam.
Unjuran ini adalah penting dalam perancangan tenaga
manusia kerana:
32
LAPORAN TAHUNAN
JPA 2014