Background Image
Previous Page  30 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 30 / 130 Next Page
Page Background

Bagi maksud kajian ini penandaarasan pelaksanaan

ganjaran berdasarkan prestasi di beberapa buah negara

OECD iaitu Korea, Singapura, United States, United

Kingdom, Australia dan New Zealand. Berdasarkan

penandaarasan PRP di negara-negara tersebut, secara

umum pelaksanaannya meliputi:

• penggubalan undang-undang berkaitan dengan

prestasi dan akauntabiliti

• pemberian kenaikan gaji tahunan dan bonus

kepada pekerja yang berprestasi

• disentralisasi dalam pentadbiran Kerajaan

GANJARAN BERDASARKAN PRESTASI

PENANDAARAS OECD

(

OECD BENCHMARKING)

Penandaaras

OECD

merupakan

satu

kajian

penandaarasan bagi menilai dan mengkaji amalan

serta tahap keberkesanan pelaksanaan di negara-

negara OECD dalam pemberian ganjaran kepada pekerja

berasaskan prestasi dalam sektor awam. Kajian Public

Expenditure Report oleh Bank Dunia pada tahun 2012

telah mengenalpasti kelemahan dalam sistem ganjaran

sektor awam kerana tiada unsur yang mengaitkan

ganjaran dengan prestasi pegawai.

Antara sebab-sebab pelaksanaan ganjaran berdasarkan

prestasi dalam sektor awam adalah:

PELAN PENGGANTIAN KEPIMPINAN

UTAMA

Pelan penggantian merupakan pra-syarat penting

menjamin kelestarian kepimpinan Perkhidmatan

Awam. JPA telah membangunkan Pelan Penggantian

Kepimpinan Utama yang melibatkan proses pemilihan

dan perakuan pegawai. Antara perkara yang dititik

beratkan ialah kelayakan, merit, prestasi, kompetensi,

daya kepimpinan, pengalaman, kekananan, integriti

dan kesesuaian. Berdasarkan kriteria yang ditetapkan,

pegawai yang benar-benar layak dan terpilih sahaja

akan diperakukan untuk mengisi jawatan utama

Perkhidmatan Awam.

Kapasiti kepimpinan adalah penting dalam memastikan

Perkhidmatan Awam tidak ketandusan pemimpin pada

masa hadapan. Sehubungan dengan itu, program-

program pembangunan pegawai yang berpotensi telah

dilaksanakan secara berterusan. Secara keseluruhan,

seramai 5,296 orang pegawai berpotensi telah diberi

pendedahan melalui kursus kepimpinan di dalam dan

luar negara. Ia termasuklah 971 orang pegawai daripada

Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 2,207 orang pegawai

daripadakumpulanpertengahandan2,118orangdaripada

kumpulan pegawai muda. Di samping itu, JPA telah

menjalinkan kerjasama strategik dengan Razak School

of Government (RSOG) dalam usaha membangunkan

kepimpinan terbaik Perkhidmatan Awam. Seramai 1,340

orang pegawai telah mengikuti kursus yang dianjurkan

oleh RSOG di dalam tempoh 2011 hingga 2014.

30

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014